Toyota Corolla 2019: Lima perkara yang perlu anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
Kereta penumpang subkompak dan kompak paling laris di dunia ini kini telah memasuki generasi ke-12 menerusi pengenalan Toyota Corolla 2019 (kod nama E210) yang dibangunkan daripada Toyota New Global Architecture (TNGA).

Memandangkan Toyota Corolla juga merupakan nadi utama kepada kebanyakan keluarga di Malaysia, kami ingin kongsikan beberapa fakta berkenaan Toyota Corolla generasi baharu ini kepada para pembaca. 

Berikut merupakan lima fakta berkenaan keluarga Toyota Corolla 2019.

 

1. Tiga reka bentuk badan - Hatchback, Wagon dan Sedan!


Toyota Corolla generasi baharu diperkenalkan kepada umum dalam bentuk hatchback terlebih dahulu pada acara Geneva Motor Show, sebelum versi station wagon Toyota Corolla Touring Sports dilancarkan sempena dengan acara Paris Motor Show yang berlangsung baru-baru ini. 

Dibangunkan atas platform TNGA yang serupa, versi wagon menerima penambahan panjang jarak antara roda sebanyak 2,700 mm, 60 mm lebih panjang berbanding versi hatchback dengan tawaran enjin yang serupa.

Manakala versi sedan untuk pasaran yang tidak menerima versi hatchback dan wagon pula diberitakan sedang diuji dan bakal membuat kemunculan rasmi pada penghujung tahun ini, menurut laporan daripada Auto Esporte
 


2. Pilihan enjin petrol dan hibrid

Toyota Corolla Sports dilancarkan pada bulan Jun dan hadir dengan pilihan nadi kuasa enjin empat silinder sebaris terduru daripada

  • enjin petrol 1.2 liter turbo (8NR-FTS, 116 PS/185 Nm) 
  • enjin hibrid 1.8 liter (2ZR-FXE, 122 PS/300 Nm) 
  • enjin hibrid 2.0 liter (M20A-FXS, 180 hp)

Manakala untuk versi sedan pula, tiada sebarang enjin turbo bakal ditawarkan pada Corolla sedan, dan Toyota dikhabarkan bakal mengguna pakai enjin generasi baharu aspirasi natural 2.0 liter M20A-FKS yang mampu menjana 168 hp dan 205 Nm.
 

3. Transmisi


Toyota Corolla ditawarkan dengan dua pilihan transmisi CVT dan Intelligent Manual Transmission (iMT).
 

4. Toyota Safety Sense 2.0


Toyota mengekalkan ciri-ciri keselamatan Toyota Safety Sense 2.0 yang didatangkan pada kemunculan awal Corolla hatchback pada versi Corolla yang lain seperti:

  • Pre-Collision Warning
  • Pedestrian Detection
  • Full-Speed Range Dynamic Radar Cruise Control
  • Dynamic Radar Cruise Control, 
  • Lane Tracing Assist, 
  • Lane Departure Alert with Steering Assist
  • Automatic High Beam, 
  • Road Sign Assist
  • Parking Support Brakes
  • Blind Spot Monitor

Manakala sistem keselamatan pasif pula merangkumi:

  • 7 beg udara
  • Anti-Lock Braking System
  • Electronic Brake-force Distribution
  • Traction Control
  • Brake Assist
  • Enhanced Vehicle Stability Control

 

5. Versi crossover bakal menyusul? Corolla Cross! 


Pada bulan yang lalu, menerusi laporan daripada Auto Guide, Toyota telah memfailkan pendaftaran hak pemilikan nama Corolla Cross, memberikan isyarat bahawa sebuah crossover Corolla bakal memberikan saingan kepada Ford Focus Active, Subaru Crosstek, dan VW Golf Alltrak.

Jadi, versi Corolla yang manakah perlu UMW Toyota bawa masuk ke pasaran Malaysia?

Adakah mereka masih ingin mengekalkan penawaran sedan dalam pasaran Malaysia ataupun membawa masuk versi hatchback atau wagon? Atau mungkin Corolla Crossover?

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam masa yang sama, Toyota telah menerbitkan satu potongan gambar yang diambil daripada front…
Uncategorized
Video berdurasi 15 saat itu memaparkan garisan bentuk luaran sedan Corolla yang dibariskan sekali…
Berita Global
Hot hatch Corolla ini dikatakan akan menerima sentuhan talaan daripada divisyen Gazoo Racing yang…