Imej EV pertama buatan Xiaomi tertiris

oleh Mohamad Hanif|
Xiaomi merupakan antara syarikat gergasi elektronik China yang mengumumkan penglibatan di dalam sektor automotif menerusi penubuhan unit kenderaan elektrik Xiaomi EV inc pada tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model tersebut berdasarkan beberapa imej yang tertiris di laman media sosial China.
 

ms11


Berdasarkan gambar yang tertera, Xiaomi MS11 membawakan reka bentuk sedan empat pintu dengan garis bumbung seakan sebuah sportback, diikuti dengan kehadiran bumbung kaca panoramik dan rekaan pemegang pintu tertanam kemas.

Aspek pemberhentian sedan ini diserahkan kepada unit brek Brembo dengan angkup berwarna kuning terang.
 

ms11


Terdapat beberapa elemen rekaan rujukan yang dimuatkan pada Xiaomi MS11 ini seperti unit lampu dan bampar hadapan yang mengingatkan kita kepada McLaren, diikuti dengan bar lampu belakang yang menyerupai Aston Martin DBS.

Sementara rekaan rim pula dilihat seakan unit yang terdapat pada Lamborghini Huracan Evo.
 

ms11


Jika anda perasan, pada bahagian bumbung hadapan terdapat satu bonjol yang menjadi perumah kepada pelbagai jenis radar termasuklah penderia LIDAR yang menjadi sebahagian daripada kelengkapan keselamatan MS11.

Menurut laporan Car News China, EV Xiaomi ini akan dibekalkan dengan pek bateri yang disumberkan oleh CATL dan BYD, sementara motor elektrik pula dibangunkan secara dalaman oleh Xiaomi sendiri.
 

ms11


Spesifikasi seperti angka kuasa kuda dan jarak gerak masih lagi belum diumumkan.

Namun apabila dilancarkan kelak, Xiaomi MS11 bakal memberikan saingan rapat kepada sebuah lagi sedan elektrik yang dibangunkan oleh gergasi elektronik Sony menerusi kerjasama dengan Honda.

Baca: Afeela - jenama EV oleh Sony Honda Mobility

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Kini, syarikat gergasi elektronik China itu akan membangunkan sebuah fasiliti produksi yang mampu…