Xiaomi akan bina kilang produksi EV, kapasiti 300,000 unit setahun di Beijing

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Nikkei Asia
September lalu, Xiaomi telah mengumumkan pembentukan syarikat automotif tersendiri Xiaomi EV Company Limited dengan modal berdaftar sebanyak 10 bilion yuan dan kekuatan tenaga pekerja seramai 300 orang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, syarikat gergasi elektronik China itu akan membangunkan sebuah fasiliti produksi yang mampu menghasilkan sehingga 300,000 unit kenderaan setahun di Beijing.

Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa, pelan tersebut terdiri daripada dua fasa, di mana Xiaomi juga dilaporkan untuk mendirikan ibu pejabat bagi divisyen automotif, serta pusat jualan dan kajian di Beijing Economic and Technological Development Zone.

Laporan daripada Reuters menyebut, ketua eksekutif Xiaomi Lei Jun menjelaskan fasiliti itu akan mula beroperasi pada tahun 2024.

Selain daripada EV, Xiaomi juga turut mengumumkan pengambilalihan syarikat teknologi swapandu Deepmotion yang mencadangkan EV Xiaomi bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model…