Imej rasmi Xiaomi SU7 2024 terdedah di laman web kementerian China

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar peranti pintar Xiaomi bakal menjual sedan elektrik pertama mereka, Xiaomi SU7 - sebelum ini dikenali dengan nama MS11.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) sebelum sempat ia dilancarkan kepada umum.
 

SU7


SU7 membawakan ukuran sepanjang 4,997 mm, lebar 1,963 mm, tinggi 1,455 mm dengan jarak antara roda sepanjang tiga meter, diikuti dengan pilihan rim bersaiz 19 atau 20 inci.

Terdapat dua pilihan trenkuasa, di mana versi pacuan roda belakang membawakan motor elektrik tunggal 295 hp, sementara versi pacuan semua roda dilengkapi dua motor elektrik (295 hp depan, 369 hp belakang) dengan kuasa keseluruhan 664 hp.
 

su7


Pek bateri LPF pula datang daripada pengeluar BYD untuk versi yang 'mampu milik', sementara varian tertinggi pula dilengkapi bateri NMC daripada CATL.

Antara ciri yang dimuatkan pada SU7 termasuklah penawaran teknologi LIDAR, fungsi pengecaman muka, sayap belakang aktif, sistem pembayaran tol automatik ETC, dan sistem operasi HyperOS yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi.
 

su7


Di China, BAIC telah diberikan kontrak untuk memasang dan menghasilkan sedan elektrik SU7 ini, di mana ia akan mula diproduksikan pada Disember 2023 sebelum dihantar kepada pelanggan pada Februari 2024.

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
Menampilkan dengan reka bentuk yang sporty seperti Porsche Taycan, dan diberi tanda harga di bawah…