Sony Honda Mobility umum jenama EV Afeela, dedah konsep pertama di CES 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sony Honda Mobility - kerjasama antara dua syarikat gergasi Jepun itu mengumumkan jenama rasmi yang bakal digunakan untuk barisan kenderaan elektrik mereka akan datang, iaitu Afeela.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bertempat di Consumer Electronics Show 2023, mereka turut memperlihatkan sebuah model konsep pertama yang dilihat merupakan versi penambahbaikan kepada model konsep asal Vision-S 01.
 

Afeela


Berbanding Vision-S 01, konsep pertama Afeela ini membawakan muka depan dan belakang yang lebih kemas beserta, serta rekaan jeriji yang tertutup dengan logo baharu.

Rim yang asal mungkin disembunyikan disebalik penutup rim yang aerodinamik itu.
 

Afeerla


Menurut CEO Sony Honda Mobility, Yasuhide Mizuno berkata, kereta baharu itu akan memanfaatkan kepakaran Sony di dalam aspek kepintaran buatan, hiburan, realiti maya dan juga realiti terimbuh.

"Afeela mewakili konsep hubungan interaktif kami di mana orang ramai boleh merasai sensasi mobiliti yang interaktif, dan di mana mobiliti boleh mengesan dan memahami orang dan masyarakat dengan menggunakan teknologi penderiaan dan AI.
 

Afeela


Difahamkan, model Afeela ini akan dilengkapi dengan lebih 40 unit penderia termasuklah kamera, radar, ultrabunyi dan LIDAR di sekeliling bagi meningkatkan keupayaan untuk mengesan objek dan memandu secara autonomi.

Sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam menghasilkan sistem hiburan yang mantap, Sony akan turut menawarkan ciri terbaik di dalam kelasnya untuk dimuatkan dalam kabin EV ini termasuklah permainan, kandungan muzik dan juga filem.
 

Afeela


Sistem infohibur Afeela ini akan dikuasakan oleh cip Snapdragon Qualcomm di mana ia akan menggunakan antaramuka grafik Unreal Engine yang disediakan oleh Epic Games.

EV baharu hasil kerjasama Honda dan Sony ini akan memberikan saingan rapat kepada jenama premium lain seperti Mercedes-Benz, BMW, Volvo dan Audi.

 


Difahamkan, EV pertama Afeela ini akan mula dijual di Amerika Syarikat pada tahun 2026, diikuti pasaran Jepun dan Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…