Hyundai Palisade XRT, varian SUV besar dengan imej rugged

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Palisade XRT 2023
Hyundai Palisade XRT 2023
Prestasi Hyundai di Amerika Syarikat boleh dikatakan baik. Hyundai mempunyai 820 pengedar di sana dan jualan tahun 2021 mencatatkan angka lebih 738,000 unit.

Satu lagi fakta, hampir separuh kenderaan yang dijual dikeluarkan di kilang Hyundai di Alabama.

Dengan pasaran yang besar, Hyundai menawarkan pelbagai model dari sedan, kereta elektrik, pikap dan SUV saiz besar.

Memang meriah jika melayari laman web Hyundai Amerika Syarikat.

Satu daripada model baharu yang diperkenalkan ialah SUV Palisade 2023 pada April lalu dan merupakan kemaskini besar sejak dikeluarkan pada tahun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Palisade XRT 2023

 

Hyundai baru saja mengeluarkan senarai harga Palisade 2023 dan ada buah tangan terbaru iaitu Palisade XRT.

Model XRT tampil berbeza dengan pakej lebih sporti dan rugged seperti yang ditawarkan sebelum ini pada pada Santa Fe dan Tucson XRT.

Apa yang berbeza pada Palisade XRT? Lebih kepada kosmetik dan menyerlahkan imejnya sebagai SUV rugged dan pengembaraan.

Palisade XRT ditingkatkan dari model SEL FWD dan paling jelas boleh dilihat ialah gril warna gelap dengan saiz asal yang sudah pun mendominasi bahagian depan.

 

Hyundai Palisade XRT 2023

 

Dipadankan dengan warna badan putih, imej Palisade XRT nampak berbeza ditambah pula dengan roda warna gelap saiz 20 inci.

Reka bentuk bahagian bawah bampar juga berbeza dan turut dipasangkan skirt sisi. Di atas bumbung ada cermin suria, rel tepi warna hitam dan rel melintang.

Bahagian dalam pula dilengkapi kerusi dengan balutan kulit tiruan H-Tex™ hitam.

Dengan imej yang rugged sebegini lebih lengkap jika pelanggan mendapatkan model pacuan semua roda Palisade XRT AWD.

 

Hyundai Palisade 2023
Hyundai Palisade 2023

 

Ada beberapa perbezaan komponen seperti sistem pacuan HTRAC ® AWD, kunci AWD, Kawalan Penurunan Curam (DBC) dan mod Salji dan mod Tunda.

Berkenaan rangkaian kuasa, Palisade hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin iaitu 3.8L V6 GDI dan padanan transmisi automatik lapan kelajuan SHIFTRONIC.

Tentang harga, Palisade XRT FWD dijual pada USD$40,250 (RM177,321) dan $42,150 (RM185,691) untuk XRT AWD.

Untuk rekod, Palisade 2022 ada dijual di negara kita.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Palisade XRT 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dipertunjukkan pada imej acah tempoh hari, Hyundai Palisade 2023 kini membawakan imej…
Berita Global
Bersempena dengan acara New York International Auto Show pada minggu depan, Hyundai turut…
Berita Domestik
Palisade bakal ditawarkan dalam dua pilihan enjin, di mana versi petrol didatangkan dengan enjin 3.…