SUV saiz penuh Hyundai Palisade sah dilancarkan bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors mengesahkan kehadiran model SUV saiz penuh dengan tiga baris tempat duduk Hyundai Palisade ke pasaran Malaysia pada bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Palisade bakal ditawarkan dalam dua pilihan enjin, di mana versi petrol didatangkan dengan enjin 3.8 liter bentangan V6 dual CVVT yang mampu menghasilkan 295 PS dan 355 Nm, sementara versi diesel pula datang dengan enjin R2.2 CRDi yang mampu menjana 200 PS dan daya kilas 440 Nm.

Kedua-dua enjin itu tadi dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dengan torque converter berbilang plet, serta pacuan dua roda atau semua roda HTRAC.
 

Palisade


Dari segi luaran, ia membawakan rekaan lampu utama terpisah dengan DRL menegak, rekaan gril yang besar diikuti dengan rekaan lampu belakang juga jenis menegak.

Untuk ruang kabin pula, ia menampilkan kemasan yang mewah, dimulakan dengan upholsteri balutan kulit Nappa premium, trim kayu pada panel instrumen, sementara ciri One-Touch pada tempat duduk baris kedua membolehkan bahagian tersebut digerakkan untuk penumpang baris ketiga keluar masuk dengan mudah.
 

Palisade
Palisade spesifikasi Indonesia


Hyundai Palisade juga turut menampilkan rekaan corong pendingin hawa bumbung yang pertama di dalam industri, di mana ia mampu mengalirkan udara sejuk secara berfokus, separa resapan, atau resapan penuh kepada penumpang belakang, menjadikan aliran udara yang lebih senyap, bebas draf dan pengedaran udara yang lebih seimbang.

Hyundai-Sime Darby Motors kini membuka tempahan bagi SUV Palisade di mana-mana pusat pameran Hyundai, atau menerusi platform dalam talian Cl!ck to Buy di https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…