Hyundai Palisade 2023 - versi facelift dengan imej baharu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah imej acah didedahkan beberapa hari yang lalu, akhirnya Hyundai menyingkap tirai bagi SUV saiz penuh Palisade versi facelift baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti yang dipertunjukkan pada imej acah tempoh hari, Hyundai Palisade 2023 kini membawakan imej depan yang diperbaharui, di mana struktur gril depan kini menjadi lebih bersegi, sementara unit lampu nyalaan siang DRL LED menjadi lebih tegap.

Tidak seperti Tucson, rekaan jeriji depan itu tadi tidak langsung menampilkan sebarang ciri pencahayaan.
 

Palisade


Rekaan belakang Palisade tidak banyak berubah, malah ia adalah hampir sama dengan versi terdahulu melainkan rekaan pembalik cahaya merah melintang yang dikemas semula menempatkan unit lampu undur.

Tip ekzos berbentuk trapezoid telah digantikan dengan unit berbentuk segi empat, sementara keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aloi berbilang jejari saiz 20 inci.
 

Palisade


Bahagian ruang kabin pula menempatkan roda stereng rekaan baharu, diikuti dengan susun atur papan pemuka yang telah dikemaskini.

Ini kerana kawalan bagi unit audio telah dialihkan kedudukannya, manakala corong ventilasi pula kini menampilkan kemasan jalur yang lebih elegan.

Selain itu, terdapat cermin pandang belakang digital penuh, tempat duduk pemandu Ergo-motion, ciri ventilasi dan penghadang kepala yang lebih besar pada tempat duduk baris kedua, serta ciri pemanas untuk tempat duduk baris ketiga.
 

Palisade


Pembeli Palisade juga turut dibekalkan dengan sistem infotainmen 12 inci menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, navigasi, keupayaan titik panas Wi-Fi, slot pengecasan USB-C, slot pengecasan nirwayar 15W, serta sokongan bantuan pemandu yang merangkumi pengelakan pelanggaran hadapan, kawala jelajah pintar, bantuan pemanduan di lebuh raya, serta kawalan parkir jarak jauh.

Tiada sebarang perubahan trenkuasa dibuat, ini bermakna Palisade 2023 masih lagi didatangkan dengan enjin 3.8 liter V6 yang mampu menghasilkan 291 kuasa kuda dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan roda depan secara standard atau opsyen AWD.