Bersempena dengan acara New York International Auto Show pada minggu depan, Hyundai turut mendedahkan gambar acah yang memaparkan beberapa perubahan pada SUV tersebut, seperti contoh rekaan gril baharu yang mengikuti bahasa rekaan yang digunakan pada model-model Hyundai terbaharu.
Selain daripada rekaan gril baharu yang lebih bersegi dan menampilkan elemen perisai parametrik, rekaan lampu utama juga turut dikemaskini dengan nyalaan lampu siang LED yang lebih menegak berbanding versi melengkung pada model terdahulu.
Menurut laporan beberapa media luar negara, Hyundai Palisade 2023 facelift ini turut dijangka membawakan kemaskini yang lebih matang, seperti roda stereng baharu, kluster instrumen digital, skrin infotainmen baharu serta rekaan corong pendingin hawa yang dikemaskini.
Hyundai akan melancarkan secara rasmi Palisade 2023 facelift bertempat di New York International Auto Show pada 13 April, jam 9.45 pagi EDT.