Hyundai i30 N menang anugerah Driver's Choice Business Car 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara penyampaian anugerah tahunan Business Car 2019, Hyundai UK berjaya merangkul dua anugerah berprestij, iaitu 'Most Improved Fleet Manufacturer' dan juga 'Driver's Choice' untuk model berprestasi tinggi i30 N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi anugerah yang pertama, para juri sebulat suara memilih Hyundai UK kerana keberkesanan pasukan fleet Hyundai dalam meningkatkan penjualan fleet kenderaan serta polisi Fleet Aftersales Charter - yang direka untuk mengurangkan kos pemilikan dan meingkatkan masa respon terhadap pelanggan fleet. 

Manakala untuk kategori Driver's Choice, Hyundai i30 N berjaya menambat hati juri Business Car disebabkan penampilan, harga yang begitu kompetitif, serta kos-kos operasi yang lebih rendah menjadikannya satu pilihan yang sukar untuk ditolak. 

Menurut Business Car, "Hyundai mungkin bukan satu jenama yang boleh dikaitkan dengan kereta berprestasi tinggi secara tradisi, namun Hyundai i30 N mampu menawarkan lebih daripada hot hatch yang lebih mahal. 

"Sebagai sebuah model halo, ia mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap Hyundai.

Hyundai i30 N dijana dengan enjin turbo berkapasiti 2.0 liter yang menghasilkan dua output berbeza - 250 PS untuk model standard dan 275 PS untuk model i30 N Performance. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Domestik
  Jauh dibangunkan di Korea dan Eropah, Hyundai i30 N kemudiannya turut dipasarkan di negara kita…
Berita Global
Lain pula ceritanya dengan model i30 N yang lebih besar dan berkuasa, ia tidak dikhususkan untuk…