Hyundai tamatkan produksi hot hatch i20 N, i30 N di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin sekali satu tamparan yang hebat buat golongan 'petrolhead' di benua Eropah yang masih mendambakan kehadiran kereta berprestasi tinggi mampu milik.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran Hyundai untuk mengambil pendekatan yang sama.

Lebih malang lagi, kesemua model pantas dibawah jenama Hyundai N yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) termasuklah i20 N, dan i30 N akan dihentikan produksinya menjelang pertengahan tahun ini.
 

i30 N


Dalam satu emel rasmi yang dihantar kepada laman Motor1 Jerman, Hyundai mengesahkan produksi bagi model-model ICE N akan dihentikan semasa separuh pertama tahun ini (2024).

"Ini adalah berikutan komitmen jenama (Hyundai) untuk menawarkan barisan produk sifar emisi kepada pelanggan di Eropah menjelang 2035, dan mahu mencapai neutral karbon 100 peratus dalam semua fasa produksi kenderaan dan operasi menjelang 2045.

Menurut pengeluar itu lagi, model-model i20 N dan i30 N masih lagi tersedia untuk dibeli sehingga penghujung tahun ini, bergantung sementara stok masih ada.

Bagaimana pula dengan Hyundai Elantra N? Untuk makluman sedan pantas tersebut bukan disasarkan untuk pasaran Eropah.
 

elantra N


Perkembangan ini bukanlah satu petanda yang menunjukkan Hyundai N akan terkubur sepenuhnya, memandangkan jenama pantas itu kini mula menawarkan barisan kereta pantas yang lebih mesra alam, seperti Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N yang bakal tiba kelak.

Sebelum ini, Volkswagen menghentikan penawaran model up! GTI dan Polo GTI, manakala model GTI kini tidak lagi dilengkapi dengan kotak gear manual.

Demi memberikan laluan kepada barisan model EV, Ford juga turut menamatkan jualan bagi model Fiesta ST, sementara Focus ST pula akan dikuburkan pada tahun hadapan.
 
Jadi, apa lagi pilihan kereta berprestasi tinggi mampu milik yang ada untuk pengguna di Eropah?

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Ditawarkan dalam satu varian tunggal sahaja, i20 N dikuasakan oleh nadi 1.6 liter turbo (inline-4)…
Sukan Bermotor
Jentera lumba yang bakal digunakan oleh Hyundai adalah berdasarkan i20 N versi jalanan dan dalam…
Berita Global
  Hyundai belum mendedahkan output kuasa dan enjin itu dipadan bersama transmisi lima kelajuan …