Hyundai i30N dengan kit badan Prior Design - sedia untuk jadi jentera WRC!

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah program World Rally Championship oleh Hyundai Motorsport yang bermula pada musim 2014, Hyundai menyertai dunia rali dengan menggunakan jentera i20 R5 yang dikendalikan oleh Thierry Neuville dan Nicolas Gilsoul.

Lain pula ceritanya dengan model i30 N yang lebih besar dan berkuasa, ia tidak dikhususkan untuk perlumbaan rali, sebaliknya dibangunkan untuk bersaing di dalam perlumbaan World Touring Car.

Jadi, bagaimana sekiranya anda menginginkan sebuah jentera rali i30 N?

 


Memperkenalkan kit badan lebar yang dihasilkan khusus untuk i30 N daripada Prior Design.

Kit badan lebar tersebut diperbuat daripada gentian kaca Dura-Flex terdiri daripada apron baharu, penambahan kepada sisi bumper hadapan, fender flare, penambahan pada bumper belakang, diffuser serta spoiler bumbung yang lebih agresif.

Keempat-empat roda pula menerima set rim yang diinspirasikan daripada dunia rali.

 


Kesemua barangan di atas dijual di dalam satu pakej yang berharga €3,999 (RM19,520) dan dikhususkan untuk model pra-facelift Hyundai i30 N.

Tiada sebarang naiktaraf prestasi, namun usah risau kerana dalam keadaan standard kilang pun Hyundai i30 N sudah mampu untuk menyaingi hot hatch yang ada di pasaran.

Enjin asal 2.0 liter turbo Theta T-GDI menghasilkan 250 PS dan 353 Nm yang digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan, sementara Performance Package pula berupaya meningkatkan angka output kepada 275 PS dan 378 Nm.

Ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.1 saat sahaja.

 


Sementara model facelift yang diperlihatkan beberapa bulan yang lalu diberikan peningkatan kuasa kepada 280 PS/392 Nm di dalam Performance Package, menjadikan pecutan 0-100 km/j lebih pantas 0.2 saat berbanding model pra-facelift.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Jauh dibangunkan di Korea dan Eropah, Hyundai i30 N kemudiannya turut dipasarkan di negara kita…
Model Terbaharu
Menurut Hyundai, model i20 N yang diinspirasikan daripada jentera i20 Coupe WRC ini bakal…
Berita Global
Hyundai i30 N masih lagi didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris turbo 2.0 liter yang…