Hyundai Elantra N Line 2021 - 201 hp, transmisi manual tersedia!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memberikan sedikit keseronokan terhadap sedan Elantra, Hyundai menerusi divisyen N telah membawakan sebuah model berprestasi tinggi yang dikenali sebagai Hyundai Elantra N Line 2021.
Modenas

Sebagai sebuah model N Line, Elantra ini telah diberikan beberapa perubahan bagi rupa paras yang lebih sporti, dan tidak ketinggalan, prestasi atas jalan raya yang lebih berkuasa.

 


Menguasai sedan generasi ketujuh ini adalah enjin 1.6 liter GDI turbo yang menghasilkan 201 kuasa kuda dan 265 Nm daya kilas, di mana kuasa itu tadi disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar, atau manual enam nisbah kelajuan.

Menurut Hyundai, selain daripada enjin yang berkuasa, mereka telah menaiktaraf beberapa aspek mekanikal terhadap sistem suspensi Elantra supaya ia mampu menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan.

 


Antara perubahan kosmetik yang didatangkan termasuklah pemasangan lencana N Line pada gril hadapan, kemasan baharu pada bukaan liang udara hadapan yang menyokong penyejukan enjin serta prestasi aerodinamik.

Bahagian sisi pula dihiasi dengan skirt sisi yang sporti, serta penggunaan rim aloi 18 inci dengan kemasan dua tona hitam dan perak.

Mengakhiri perubahan sporti Elantra N Line ini adalah spoiler terintegrasi, tip ekzos berwarna krom serta diffuser belakang N Line.

 


Hyundai Elantra N Line 2021 turut hadir dengan kelengkapan keselamatan terkini merangkumi ciri berikut:

  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Pengekalan Laluan
  • Bantuan Mengikut Laluan
  • Bantuan Suluhan Tinggi
  • Amaran Tumpuan Pemandu
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang

Selain daripada itu, Hyundai juga bakal melancarkan beberapa penawaran alat berprestasi tinggi N yang membenarkan pemilik untuk menyesuaikan kenderaan N Line mereka pada masa akan datang.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Sedan di dalam segmen C, Hyundai Elantra 2021 kini merupakan model generasi baharu yang…
Berita Global
Serentak dengan itu, pengeluar dari Korea Selatan itu turut menerbitkan beberapa imej teaser yang…
Berita Global
Seorang warga Singapura dikesan menukar nombor pendaftaran kenderaan jenis BMW 320i milik beliau…