Hyundai Elantra 2021 baharu kini boleh ditempah - RM1XX,888!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi sedan segmen C generasi baharu Hyundai Elantra untuk pasaran Malaysia dengan yuran serendah RM77.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan yang bakal memberikan saingan kepada model seperti Honda Civic, Toyota Corolla, dan Mazda3 itu ditawarkan dalam satu varian tunggal sahaja, dikuasakan oleh enjin Smartstream G1.6 MPi.

Enjin empat silinder sebaris aspirasi natural itu mampu menghasilkan 123 PS @ 6,300 rpm dan daya kilas maksimum 154 Nm pada putaran enjin 4,500 rpm, digandingkan dengan sistem transmisi pintar Smartstream IVT.

Kotak gear Smartstream IVT lapan nisbah kelajuan itu menawarkan solusi kepada transmisi CVT konvensional, di mana ia menggunakan rantai sawat (chain belt) yang menawarkan kadar respons yang lebih baik, selain lebih tahan lama dan tidak memerlukan penyelenggaraan.

Hyundai juga mengatakan bahawa dengan penggunaan Smartstream IVT ini mampu menawarkan peningkatan penjimatan bahan api sebanyak 4.2 peratus dan mengurangkan kadar kehilangan kuasa enjin 5-8 peratus.

 


Tidak seperti Elantra yang terdahulu, Hyundai Elantra generasi ketujuh ini dibangunkan dengan bahasa rekaan Sensuous Sportiness, ditambah dengan elemen Parametric Dynamics yang lebih dramatik dengan rekaan tiga dimensi seakan sebuah potongan berlian yang sempurna.

Dari segi luaran, Elantra generasi baharu menampilkan lampu projektor LED dengan ciri Smart High Beam Assist, manakala di bahagian belakang pula lampu kombinasi LED berbentuk H yang bersambung seperti abangnya Sonata.

Kelengkapan yang dimuatkan pada ruang kabin termasuklah sistem infotainmen terapung bersaiz 8 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem pengecasan peranti pintar nirwayar terbina.

 


Sebagai sebuah sedan segmen C, Hyundai mahukan Elantra dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju, dan jawapannya terdapat pada kelengkapan Hyundai SmartSense seperti:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan dengan Bantuan Pengelakan
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta dengan Bantuan Pengelakan
  • Bantuan Kekal Laluan & Bantuan Mengikut Laluan
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan Bantuan Pengelakan
  • Smart Cruise Control
  • Amaran Tumpuan Pemandu
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Harga jualan anggaran pula bermula dari RM1XX,888, manakala tarikh pelancarannya pula akan diumumkan kelak sebelum tahun 2020 menutup tirainya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…