HotWheels dedah prototaip model Mazda RX-7 (FC-3S)!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda RX-7 merupakan tiga generasi kereta sports ringan, kompak serta tampil dengan teknologi enjin rotary Wankel yang terkenal dengan bunyi merdu ketika kelajuan tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada tiga generasi tersebut, generasi kedua FC-3S merupakan model yang diproduksikan bermula tahun 1985 sehingga tahun 1992 sebelum generasi ketiga FD-3S menerjah pasaran. 

Di pasaran Jepun, Mazda RX-7 FC-3S ditawarkan dalam versi enjin rotary turbo sahaja, dengan kod enjin 13B-T bersesaran 1,146 cc rotor berkembar menghasilkan 185 hp dan 248 Nm yang memacu roda belakang.

 


Menerusi instagram Hot Wheels Dream Team, pasukan tersebut kini memperlihatkan model prototaip generasi kedua RX-7 yang akan dijual di bawah nama Mazda Savanna RX-7 FC3S 1989. 

Model ini direka sepenuhnya oleh designer Hot Wheels, Ryu Asada dan berdasarkan Japanese Nostalgic Cars, pereka tersebut telah pun membuat beberapa penambahbaikan bagi mencantikkan lagi model tersebut jika dibandingkan dengan gambar yang anda lihat pada ketika ini. 

Ini bermakna, hasil akhir akan menjadi lebih cantik, dan perincian yang lebih teliti standard model Hot Wheels.

 


Model prototaip yang diperlihatkan juga bukan calang-calang, di mana perincian juga dibuat dengan teliti seperti skup udara pada bonet enjin, lampu retractable yang menjadi identiti RX-7, susunan lampu belakang, fender flare serta saluran ekzos berkembar. 

Pengenalan model Hot Wheels Mazda Savanna RX-7 FC3S 1989 ini bakal menjadikan industri kereta kecil lebih meriah, dan ia juga salah satu cara yang sesuai bagi menyambut ulang tahun Mazda yang ke-100. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…