Hot Wheels hasilkan e-bike - 24 unit sahaja, harga dari RM21,165

oleh Mohamad Hanif|
Hot Wheels kini tampil dengan sebuah produk baharu yang sesuai untuk ditunggang oleh golongan dewasa, iaitu sebuah e-bike dengan kerjasama Super73.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hot Wheels Super73-RX akan ditawarkan sebanyak 24 unit sahaja, dan berupaya bergerak sejauh 64 km terima kasih kepada pek bateri berkapasiti 960 Wh dengan kelajuan dihadkan 32 km/j.
 

Super73


Super73-RX juga turut menyokong sambungan kepada peranti Android dan iOS menerusi aplikasi Super73.

Apa yang membezakan antara model Super73-RX dengan model e-bike yang lain adalah layangan warna cat yang unik menggandingkan hitam dengan aksen jingga dan biru terang, selain pelana sulaman kustom, serta pad bar hendal daripada Saddlemen.
 

Super73


Selain itu, ia juga turut mendapat grip ATV Lock-on daripada ODI, pedal Stamp I Large daripada Crankbrothers, serta unit lampu utama dengan tinta kuning.

Harga jualan bermula dari $5,000 namun malangnya, kesemua 24 unit sudah pun habis terjual kepada pelanggan di Amerika Syarikat.
 

Super73


Setiap pembelian didatangkan dengan sebuah diecast Hot Wheels berupa Ford Bronco R dengan grafik yang sama seperti e-bike itu tadi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…