Hot Wheels bakal tawarkan diecast 1:64 Lamborghini Countach LP500 S, harga dari RM133

oleh Mohamad Hanif|
Hot Wheels kini sedang bekerja untuk membangunkan sebuah model diecast berskala 1:64 bagi model ikonik Lamborghini Countach LP500 S tahun 1982.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 24 Mac yang lalu, Hot Wheels telah membuka undian kepada ahli kelab Red Line Club dengan memilih salah satu daripada pilihan seperti Chevrolet Camaro SS 1969, Datsun 510 1971, BMW M3 1991, Volkswagen T1 Roadster, atau Countach yang disebutkan tadi.
 

HW


Seramai 12,549 orang telah memilih supercar itu untuk diabadikan dalam bentuk diecast, sementara 36.52 peratus telah memilih warna Spectraflame Ice Blue mengalahkan warna-warna lain (Antifreeze, Bright Orange, Bright Yellow, Shadowcrome).

Berdasarkan imej janaan 3D, model diecast Lamborghini Countach ini menampilkan butiran yang sangat terperinci berbanding model HW yang ada di pasaran.
 

HW


Biarpun ia masih lagi tidak menampilkan cermin sisi, model 1:64 dilihat membawakan rekaan pintu gunting yang berfungsi, serta rekaan sayap belakang dan lencana yang sama dengan model asal.

Difahamkan, model ini boleh didapati bermula 25 Julai ini dengan harga jualan mencecah $30 (RM133.71).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…