Hoonitruck F-150 1977 milik Ken Block untuk dijual - RM4.53 juta sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Permulaan tahun 2021 menyaksikan Ken Block mengejutkan dunia peminatnya dengan penamatan kontrak bersama Ford dan sejak daripada itu beberapa unit kenderaan di bawah pemilikannya mula dilepaskan kepada mereka yang berminat.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Terbaharu, Ken Block sedang cuba untuk melepaskan trak pikap Hoonitruck F-150 1977 kustom yang membuat kemunculan rasmi di SEMA pada tahun 2018.

 


Namun, usah tertipu dengan penampilan luar F-150 itu kerana disebalik rupa yang olskool itu terletaknya rangka tubular yang dibina khas termasuklah panel badan daripada aluminium.

Disebalik hud terletaknya enjin 3.5 liter bentangan V6 EcoBoost yang diperoleh daripada jentera lumba Le Mans Ford GT dan berupaya menghasilkan 914 kuasa kuda.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi Sadev enam nisbah kelajuan yang membolehkan Ken Block melakukan aksi-aksi gelongsor dan donat di dalam Gymkhana 10.

Harga jualan yang diminta hanyalah sekitar $1.1 juta (RM4.53 juta), namun pihak LBI Limited turut menawarkan lebih daripada sekadar sebuah trak Hoonitruck.

 


Ini kerana dengan harga tersebut, anda bakal mendapat pelbagai jenis alat ganti seperti roda, panel badan, unit lampu, serta komponen suspensi yang boleh digunakan pada trak tersebut.

Tidak ketinggalan, sebuah unit enjin crate yang didatangkan khusus daripada program Ford GT Le Mans melengkapi senarai kelengkapan tambahan yang didatangkan bersama trak ini.

Menarik bukan?

 


Sumber: LBI Limited

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya…
Berita Global
Setelah hampir 2 minggu terjadinya tragedi tersebut, Hoonigan yang diasaskan bersama Ken Block baru…