VIDEO: Gymkhana terakhir Ken Block bersama jentera Audi S1 Hoonitron

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Awal tahun ini dunia sukan permotoran dikejutkan dengan pemergian lagenda rali dan ikon sukan lasak, Ken Block akibat kemalangan kereta luncur salji.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang merindukan aksi-aksi pemanduan lasaknya menerusi siri video Gymkhana.

Antara aksi-aksi pemanduan terakhir Block adalah pada tahun lalu di Las Vegas, di mana beliau berkolaborasi buat kali pertama bersama jentera EV Audi, iaitu Audi S1 Hoonitron.

 

2

 

Sangkaan mengenai pengakhiran era Gymkhana Ken Block di Vegas disangkal pada November lepas apabila sebuah trailer mendedahkan beliau sempat merakamkan aksi terakhirnya bersama Audi S1 Hoonitron di Mexico.

Kini, para peminat boleh mengubati rasa rindu mereka melalui episod rasmi terakhir menampilkan Ken Block, iaitu Electrikhana Two: Mexico City yang memaparkan aksi-aksi terakhir Block melenjan Audi S1 Hoonitron.

Bermula dari Plaza de Toros Mexico, Block bersama Audi S1 Hoonitron dengan pacuan AWD itu telah menunjukkan aksi burnout yang boleh dikatakan luar biasa.

 

2

 

Jika diperhatikan, roda hadapan jentera tersebut berpusing ke arah belakang, manakala roda belakang berpusing ke arah hadapan, sekaligus membolehkan sebuah jentera AWD untuk menghasilkan burnout!

Seperti biasa, tak sah sebuah episod Gymkhana tanpa aksi-aksi gila dan luar biasa yang akan dilakukan oleh Ken Block bersama jentera pilihannya.

Menariknya, Block turut melakukan satu aksi menarik baharu, di mana beliau memanfaatkan motor elektrik pada Audi S1 Hoonitron tersebut dengan aksi memecut dan mengundur secara serentak pada kelajuan tinggi tanpa kehilangan kuasa!

 

3

 

Episode terakhir menampilkan Ken Block itu berakhir dengan montaj daripada semua video Gymkhana Block, kembali ke klip asal dari tahun 2008 di mana semuanya bermula.

Saksikan sendiri aksi terakhir dari Ken Block dalam episod Electrikhana Two: Mexico City menerusi pautan video YouTube di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ken Block telah meninggal akibat insiden yang melibatkan kereta luncur salji semasa percutian…
Berita Global
Subaru GL Wagon 1983 atau dikenali sebagai Family Huckster itu dibina khusus untuk digunakan oleh…
Berita Global
Punca sebenar kematian selebriti berusia 55 tahun itu masih lagi belum jelas. Hoonigan dalam satu…