Hoonigan tayang trailer Electrikhana TWO, video aksi lasak terakhir Ken Block

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, sudah 11 bulan bintang pelumba rali profesional Ken Block meninggalkan kita.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi siri video Gymkhana sebelum beliau bergabung dengan Audi untuk mewujudkan siri baharu Electrikhana.

Selepas episod pertama Electrikhana ditayangkan pada tahun lepas, kini para peminat mendiang Ken Block akan disajikan lagi dengan aksi-aksi pemanduan ekstrem terbaharu menggunakan jentera elektrik Audi S1 Hoonitron.

Menurut laman Youtube rasmi Hoonigan, Electrikhana TWO merupakan kerjasama video terakhir yang dijalankan dengan Ken Block, di mana proses penggambaran telah dibuat pada lewat tahun 2022, dan akan ditayangkan secara rasmi pada Disember ini.

Untuk Electrikhana TWO, Ken Block masih lagi memandu Audi S1 Hoonitron yang dibina khusus untuk aksi-aksi Gymkhana, dengan tetapan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 671 hp dan 640 Nm.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Ken Block meninggal dunia pada tanggal 2 Januari 2023 disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan kereta salji.

Trailer Electrikhana TWO boleh ditonton menerusi pautan video YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya…
Berita Global
Punca sebenar kematian selebriti berusia 55 tahun itu masih lagi belum jelas. Hoonigan dalam satu…
Berita Global
Dinamakan sebagai Family Huckster, Subaru GL Wagon ini menampilkan enjin boxer empat silinder yang…