Hoonigan lancar petisyen untuk jadikan 3 April sebagai hari memperingati Ken Block

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sedar atau tidak, sudah hampir 4 bulan dunia sukan permotoran dikejutkan dengan pemergian lagenda rali dan ikon sukan lasak, Ken Block pada awal tahun ini akibat kemalangan kereta luncur salji.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya meninggalkan kesan mendalam terhadap dunia sukan permotoran.

Bagi memperingati legasi Ken Block,  Hoonigan melalui laman sesawangnya mengadakan petisyen untuk menjadikan 3 April sebagai "Hari 4 3", sebagai cara untuk meraikan kehidupan dan pencapaian sepanjang hidupnya.

Nombor 43 yang digunakan Ken Block sememangnya sinonim dengan nama dan jenama yang diasaskan bersama, termasuk DC Shoes dan Hoonigan Industries.

Nombor itu juga diperingati dalam yayasannya iaitu Institut 43, dimana ia menyediakan peluang kepada mereka yang tidak mempunyai sistem sokongan sesuai untuk pertumbuhan dan kejayaan.

 

2

 

Menurut laman sesawang Hoonigan, "Kami percaya bahawa ini akan menjadi penghormatan yang sesuai kepada tokoh ikonik dalam dunia sukan aksi dan cara untuk meraikan pencapaian dan sumbangannya kepada sukan itu."

"Dengan menetapkan 3 April sebagai "Hari 4 3", kami boleh mengiktiraf dan menghormati legasi Ken Block dengan cara yang bermakna dan berkekalan."

Untuk meningkatkan kesedaran kepada usaha tersebut, saluran YouTube Hoonigan kini menampilkan maraton kandungan 24 jam video Ken Block bertepatan dengan pengumuman itu.

Mereka yang ingin menandatangani petisyen tersebut boleh melayari laman sesawang Hoonigan atau terus ke laman sesawang petisyen di Change.org.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Setelah hampir 2 minggu terjadinya tragedi tersebut, Hoonigan yang diasaskan bersama Ken Block baru…