Family Huckster - Subaru GL Wagon berkuasa 862 hp dan sistem aerodinamik aktif!

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun ini, Subaru, Hoonigan dan Travis Pastrana memperlihatkan sebuah jentera wagon yang telah dimodifikasi secara berat, dan difahamkan ia akan membuat kemunculan rasmi pada acara Goodwood Festival of Speed (23-26 Jun).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Family Huckster, Subaru GL Wagon ini menampilkan enjin boxer empat silinder yang mampu menjana kuasa setinggi 862 kuasa kuda, dipadankan dengan transmisi sekuential enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda.
 

GL wagon


Tiada sebarang perincian berhubung modifikasi enjin yang dibuat, namun bahagian luaran Subaru GL ini sebenarnya diperbuat daripada gentian karbon yang dipasangkan pada rangka spaceframe tubular.
 

GL Wagon


Salah satu ciri menarik yang ada pada Subaru GL Wagon ini adalah sistem aerodinamik aktif, dimana terdapat sayap belakang yang besar serta kepak aero hidraulik di bahagian fender depan dan belakang, manakala rak gentian karbon pula sebenarnya sengaja direka untuk mengalirkan udara ke liang NACA pada bahagian bumbung terus ke radiator di bahagian belakang.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim monoblock KMC Wheels, sementara sistem gantungan pula menggunakan spesifikasi WRC jenis 'long-travel'.
 

subaru


Di bahagian dalam, Subaru memasang unit radio asal daripada model GL wagon 1983 kepada papan pemuka berwarna biru yang diperbuat daripada gentian karbon, selain skrin kluster instrumen 12 inci yang telah diprogramkan untuk memaparkan tolok meter bertemakan retro.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…
Berita Global
Subaru GL Wagon 1983 atau dikenali sebagai Family Huckster itu dibina khusus untuk digunakan oleh…
Berita Global
Susuk tubuh yang telah bersama dengan Ford sejak 12 tahun yang lalu itu telah digantikan dengan…