Ken Block meninggal dunia akibat kemalangan kereta luncur salji

oleh Mohamad Hanif|
Selebriti, pelumba rali dan pengasas bersama Hoonigan, Ken Block dilapor meninggal dunia akibat kemalangan melibatkan kereta luncur salji (snowmobile) yang berlaku pada Isnin lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Punca sebenar kematian selebriti berusia 55 tahun itu masih lagi belum jelas.

Hoonigan dalam satu kenyataan di Instagram menjelaskan, "Kami mengesahkan Ken Block telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta salji yang berlaku hari ini (semalam). Ken merupakan seorang yang berwawasan, perintis dan juga ikon. Dan yang paling penting, seorang bapa dan suami.

 


Ken Block mula menempa nama dengan mencipta jenama Hoonigan, serta turut terlibat didalam siri video aksi lasak Gymkhana yang sangat terkenal itu.

Selepas berpisah dengan Ford, Ken Block mula menjalin kerjasama dengan Audi untuk mewujudkan siri video Electrikhana.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…