Honda WR-V rasmi untuk pasaran Malaysia - 4 varian, enjin 1.5L NA, harga dari RM89,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Model paling kompak dalam barisan SUV Honda, Honda WR-V akhirnya selamat dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan 4 varian untuk dipilih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berada di dalam SUV segmen A, WR-V akan berada dibawah HR-V dari segi saiz, dimana ia memiliki dimensi panjang 4,060 mm, lebar 1,780 mm, tinggi 1,608 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,485 mm, serta 207 mm jarak lega bumi.

Dari segi kuasa, semua varian dikuasakan nadi yang sama iaitu enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC NA yang mampu menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dipadankan bersama transmisi CVT yang ditala semula untuk memberikan pecutan lebih baik.

 

2

 

Menariknya, kesemua varian WR-V akan menerima fungsi Honda LaneWatch dan sistem Smart Entry secara standard, dimana ciri Honda SENSING pula ditawarkan bermula dari varian E.

Ciri Honda SENSING pada WR-V merangkumi:

  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Pada bahagian dalaman, ia didatangkan dengan rekaan papan pemuka yang agak ringkas, termasuk skrin infotainment bersaiz 7 inci bersama fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

 

3

 

Khusus untuk varian RS, ia akan menerima tambahan RS Package di luar dan dalam, Honda CONNECT, Paddle Shift dan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci.

Untuk pasaran Malaysia, WR-V ditawarkan bermula dari RM89,900 untuk varian asasnya iaitu S, diikuti oleh varian E pada RM95,900, varian V pada RM99,900 dan varian tertingginya, RS pada RM107,900.

Kesemua harga tersebut ditawarkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan dan lima kali penyelenggaraan dengan kos buruh percuma.

 

4

 

Sebagai tambahan, Honda WR-V merupakan model yang dibangunkan (R&D) di Thailand, dimana ia hanya dikilangkan di Indonesia dan Malaysia.

Fasiliti R&D di Thailand memiliki keupayaan untuk menghasilkan sesebuah model dari mula hingga akhir, dimana mereka hanya kekurangan fasiliti untuk ujian kemalangan, terowong angin dan beberapa fasiliti lain yang dilakukan di Jepun.

Walaupun spesifikasi ditawarkan sama seperti di Indonesia dan Thailand, namun WR-V untuk pasaran Malaysia didatangkan dengan sedikit perbezaan iaitu pada fungsi larasan lampu utama di mana ia adalah tertakluk di bawah piawaian UN ECE.

Varian RS dijangka menyumbang 43 peratus jualan diantara semua varian, dimana sasaran jualan Honda untuk tahun 2023 di Malaysia dijangka terjual sebanyak 80,000 unit.

 

Baca: Honda WR-V peroleh 5 bintang dalam ujian ASEAN NCAP

Baca: Enam Perkara Menarik Berkenaan Honda WR-V 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Yang mungkin mencuri tumpuan para pengunjung ialah kehadiran dua buah model baharu, iaitu Honda WR-…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…