Honda WR-V peroleh 5 bintang dalam ujian ASEAN NCAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|

ASEAN NCAP, New Car Assessment Program untuk Asia Tenggara telah membuka tirai 2023 dengan penilaian terbarunya, iaitu Honda WR-V yang telah dilancarkan untuk pasaran Indonesia pada tahun lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Saiz kompak WR-V meletakkannya di bawah HR-V dari segi saiz dan harga, jika dibawa masuk ke Malaysia, WR-V akan menjadi seteru kepada Perodua Ativa.

 

3

 

Untuk ujian penilaian ASEAN NCAP, Honda WR-V telah memberikan prestasi yang amat baik dengan mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 77.07 mata, dimana ia dilengkapi 4 beg udara standard untuk semua varian,

Di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, kereta akan diuji berdasarkan 4 kategori iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

 

WR-V

 

Antara ciri bantuan keselamatan yang didatangkan standard pada WR-V ialah Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS) dan Seatbelt Reminder System (SBR) dan teknologi Perlindungan Pejalan Kaki.

WR-V juga ditawarkan dengan ciri tambahan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) City, AEB Inter-Urban, AEB Pejalan Kaki, Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist (LKA), Lane Departure Warning (LDW) dan Child Presence Detection (CPD).

 

interior

 

Berikut merupakan kategori markah yang diterima Honda WR-V :

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 34.26 mata dari 40 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 16.78 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 15.58 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.45 mata 20 mata keseluruhan

WR-V memperoleh skor keseluruhan sebanyak 77.07 mata, melayakkannya menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP.

 

Sumber: ASEAN NCAP

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mungkin mencuri tumpuan para pengunjung ialah kehadiran dua buah model baharu, iaitu Honda WR-…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…
Berita Domestik
Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut meraikan pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan SUV…