Honda e Prototype - hatchback EV pacuan roda belakang!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akhirnya, penantian kita untuk melihat kereta elektrik Honda pertama sudah pun tiba apabila beberapa keping gambar luaran didedahkan sendiri oleh pengeluar Jepun itu.

Honda Urban EV, atau lebih dikenali dengan nama e Prototype ini masih mengekalkan identiti yang dibawakan oleh Urban EV Concept yang diperkenalkan tahun 2017 yang lalu. 
 


Walaubagaimanapun, menurut Honda, e Protoype ini merupakan evolusi rekaan daripada Urban EV dan terdapat beberapa perbezaan yang boleh didapati antaranya pintu belakang lebih kecil dengan pemegang tersorok, manakala pintu hadapan pula menampilkan pemegang pintu jenis terbenam. 

Honda e Prototype ini turut menempatkan kamera sisi bagi menggantikan peranan cermin sisi tradisional - ciri yang sangat unik untuk kenderaan segmen ini. 

Untuk memudahkan proses pengecasan dilakukan dengan mudah, Honda telah memindahkan slot pengecaj pada bahagian bonet hadapan - boleh diakses menerusi bukaan hitam pada bahagian tersebut. 
 


Slot kuasa ini mempunyai ciri lampu LED dibalik pelindung kaca bagi memberikan status pengecasan semasa hatchback comel ini. 

Memasuki ruang dalaman pula, elemen retro tersebut diselangi dengan unsur-unsur moden, seperti penggunaan skrin super lebar yang memberikan akses kepada kesemua fungsi-fungsi yang terdapat pada kereta ini. 

Manakala komponen cermin pandang belakang pula digantikan dengan peranan kamera digital. 
 


Dari segi dimensi, Honda tidak mendedahkan perincian tersebut, namun mendakwa kabin e Prototype ini mampu memberikan ruang dalaman yang luas, terima kasih kepada jarak antara roda yang panjang, trek yang lebar dan jarak overhang yang pendek. 

Angka-angka yang tidak disebutkan diatas sekaligus membantu aspek pengendalian dan pemanduan yang lebih dinamik dan mempunyai karakteristik yang tersendiri. 

Usah terkejut apabila diberitahu Honda e Prototype ini mempunyai kondigurasi pacuan roda belakang!
 


Menggunakan platform EV yang sangat spesifik, Honda membangunkan e Prototype ini dengan menempatkan motor elektrik di bahagian gandar belakang dan ini memberikan pengalaman pemanduan yang sangat menyeronokkan. 

Hal ini seakan memberikan bayangan bahawa Honda akan tampil dengan kereta berprestasi tinggi pada masa akan datang menggunakan platform yang serupa. 

Menurut Honda lagi, e Prototype ini mempunyai jarak operasi sekitar 200 km dan sistem pengecasan pantas membolehkan bateri mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa kurang 30 minit sahaja. 
 


Ia akan mula memasuki fasa produksi tidak lama lagi, dan saksikan video pandang pertama yang dibawakan oleh TopGear pada pautan dibawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda telah melancarkan jenama khusus e:N Series untuk barisan kenderaan…
Berita Global
Honda akhirnya mendedahkan lebih perincian berhubung spesifikasi hatchback berkuasa elektrik yang…
Berita Global
Honda telah menerbitkan data-data dan spesifikasi bagi hatchback bandar berkuasa elektrik Honda e…