Honda lancar jenama EV e:N khusus untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Honda menetapkan sasaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 10 buah model EV baharu untuk pasaran terbesar di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Honda telah melancarkan jenama khusus e:N Series untuk barisan kenderaan elektrik yang menggunakan moto 'Dynamic, Intelligence and Beauty', serta menampilkan konfigurasi pacuan roda depan, roda belakang dan pacuan semua roda.
 

e:N


Dua model pertama yang akan muncul kelak dinamakan sebagai e:NS1 dan e:NP1 yang dibangunkan berdasarkan model generasi baharu crossover HR-V, selain membawakan persamaan dari segi rekaan gril tertutup, unit lampu utama yang tirus dan ruang dalaman yang minimalis.

Ruang kabin juga menampilkan skrin kluster digital, serta skrin tengah infotainmen bersaiz 15 inci yang menempatkan kesemua fungsi-fungsi yang ada pada EV tersebut.
 

e:N


Dari segi spesifikasi, e:NS1 dan e:NP1 membawakan jarak pemanduan sejauh 500 km, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang daripada lapan saat.

Selain daripada model e:NS1 dan e:NP1, Honda juga memperlihatkan model konsep e:N Coupe, dan e:N GT yang serba futuristik menampilkan garis yang tajam, unit lampu yang tirus serta permukaan yang bersegi.
 

e:N


Apa yang pasti, model-model konsep e:N ini akan dibangunkan menggunakan pelantar khusus e:N Architecture W di mana ia direka untuk model-model kenderaan elektrik bersaiz besar, selain menampilkan konfigurasi pacuan roda belakang dan pacuan semua roda.

Tiada sebarang spesifikasi teknikal dan prestasi diumumkan buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…