Perincian Honda e - 148 kuasa kuda, 300 Nm, pacuan roda belakang!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda akhirnya mendedahkan lebih perincian berhubung spesifikasi hatchback berkuasa elektrik yang comel, Honda e yang bakal membuat kemunculan di Goodwood FOS hujung minggu ini. 

Sebelum ini, kita sudah pun mengetahui bahawa Honda e menggunakan platform pacuan roda belakang dan mempunyai jarak operasi sejauh 200 km terima kasih kepada pek bateri lithium-ion berkapasiti 35.5 kWh. 
 


Kuasa yang terhasil daripada motor elektrik mampu mencapai angka 148 kuasa kuda dengan daya kilas 300 Nm yang memacu roda belakang!

Tiada sebarang catatan masa pecutan didedahkan oleh Honda buat masa ini, namun angka tersebut sebenarnya adalah sangat impresif untuk sebuah hatchback elektrik yang jatuh dalam kategori segmen B. 

Honda menjanjikan prestasi Honda e ini yang lebih responsif, pemanduan yang lebih dinamik dan lebih berkesan. 
 


Honda tidak pernah mendakwa tanpa sebab, ini kerana karakteristik Honda e itu sendiri yang mempunyai titik graviti yang lebih rendah terima kasih kepada kedudukan pek bateri di lantai platform. 

Malah, Honda e juga mempunyai pembahagian berat 50:50 yang sangat ideal memberika keseimbangan antara kestabilan dan pengendalian untuk sebuah kereta elektrik. 

Penggunaan sistem suspensi bebas McPherson Strut pada keempat-empat sudut kereta ini juga turut menyumbang kepada pengendalian yang lebih mantap di samping memberikan keselesaan pemanduan yang setanding kereta pada segmen yang lebih besar. 
 


Di tambah lagi dengan konfigurasi pacuan roda belakang, anda boleh bayangkan betapa seronoknya pemanduan sebuah hatchback EV ini yang mempunyai radius pusingan 4.3 meter sahaja. 

Sebelum terlupa, Honda e bakal membawakan sistem pedal tunggal (Single Pedal Control) yang turut menampilkan ciri brek regeratif automatik. 

Versi prototaip Honda e diberitakan akan membuat kemunculan di Goodwood manakala versi sebenar akan dipersembahkan secara rasmi pada acara Frankurt Motor Show tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "…
Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…