Kempen recall pertama untuk Honda City 2020

oleh Mohamad Hanif|
Baharu sahaja dilancarkan di Thailand pada penghujung tahun lalu, sedan segmen B generasi baharu Honda City 2020 sudah pun menerima kempen panggil semula yang pertama untuk tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada IndianAutosBlog.com, mereka berjaya mendapatkan akses kepada dokumen yang dihantar oleh Honda kepada para pengedarnya di Thailand supaya menghentikan sementara penghantaran sedan tersebut buat sementara waktu. 

Dalam dokumen tersebut, pihak Honda dikatakan mengesan masalah yang terdapat komponen window run channel tanpa menjelaskan dengan teliti impak yang bakal wujud akibat komponen bermasalah tersebut. 
 


Secara asasnya, window run channel ini merupakan jaluran getah yang dipasang pada pintu, bertujuan sebagai pengedap tingkap kaca di bahagian tersebut. 

Honda dalam masa yang sama sedang menyiasat isu ini dan akan meberitahu para pengedarnya setelah isu tersebut berjaya diselesaikan.

Apa yang jelas, Honda juga kini sedang bergelut dengan masalah kualiti produksi di peringkat global dan dibuktikan dengan isu komponen brek parkir elektronik (EPB) yang terdapat pada Honda N-WGN dan juga Honda Fit.

Sumber: IndianAutosBlog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada…
Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian, Honda City generasi baharu ini didatangkan dalam dua penawaran…
Berita Domestik
Pesaing kepada sedan lain seperti Toyota Vios dan Mazda2 Sedan itu ditawarkan dengan enjin yang…