Honda bakal lancar N-VAN elektrik tahun 2024, jarak gerak 200 km

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang musim bunga tahun 2024, Honda bakal melancarkan sebuah kenderaan komersial mini berkuasa elektrik yang dibangun berdasarkan model kei N-VAN.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan pengumuman rasmi, N-VAN EV itu bakal menawarkan jarak gerak sejauh 200 km untuk sekali cas penuh, sesuai untuk kegunaan penghantaran barang di dalam kawasan urban.

Di Jepun, Honda N-VAN versi penumpang menawarkan tahap praktikaliti yang sangat menarik untuk sebuah kereta di dalam segmen kereta kei.

Selain daripada bukaan pintu yang luas tanpa kehadiran tiang B pada bahagian kiri, N-VAN turut didatangkan dengan rekaan tempat duduk yang boleh dibaringkan rata atas lantai untuk menyediakan ruang meletakkan barangan yang lebih besar.
 

N-VAN


Disebabkan ciri unik itu, N-VAN bukan sahaja sesuai untuk kegunaan komersial, malah ia juga sangat ideal untuk dijadikan sebagai kenderaan membeli belah, kenderaan ulang alik ke tempat kerja atau sekolah serta untuk kegunaan aktiviti hujung minggu.

Menurut Honda, N-VAN versi elektrik ini bakal dijual pada harga bermula dari 1,000,000 yen (RM32,226).

Sebagai perbandingan, Nissan Sakura EV yang telah dilancarkan sebelum ini dijual pada harga bermula 1.78 juta yen (RM57,362).

Baca: Nissan Sakura EV

Baca: Mitsubishi eK X EV

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…