Honda Africa Twin 2020 bakal dilancarkan 23 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal dual-sport yang unik dari Honda, iaitu Africa Twin dikatakan akan menerima pengganti serba baharu selepas kira-kira lima tahun berada di pasaran.

Berbanding dengan model terdahulu (CRF1000L), model pengganti CRF1100L ini dikhabarkan menerima peningkatan sesaran enjin daripada 998 cc kepada 1,084 cc. 

Enjin parallel twin ini baharu ini juga akan turut menepati piawaian pelepasan emisi terkini Euro5 serta piawaian yang bakal diperkenalkan Euro6. 

 


Berdasarkan video teaser yang baharu diterbitkan oleh Honda, motosikal kembara dual sport itu dilihat bakal menampilkan reka bentuk lampu utama dengan lampu bantuan yang diposisikan pada bahagian fairing. 

Selain daripada itu, logo baharu juga dipamerkan di dalam video itu dan kemudian berpecah kepada dua - memberikan gambaran bahawa terdapat dua model yang berbeza akan ditawarkan kepada para pembeli. 
 


Honda akan memperkenalkan Africa Twin 2020 secara rasmi pada 23 September ini, jadi sama-sama kita nantikan bagaimana rupa akhir motosikal kembara Honda CRF1100L ini. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Aksesori Motosikal
Terdiri daripada kit fork hadapan dan unit suspensi belakang serba baharu, penawaran terbaharu ini…
Pelancaran Motosikal
Honda tidak sekadar membawakan enjin bersesaran yang lebih besar dan lebih berkuasa semata-mata,…
Berita Domestik
Dengan jarak keseluruhan sejauh 2,500 km, acara kembara selama 10 hari itu bakal merangkumi lokasi-…