Yamaha Tenere 700 2024 rasmi untuk pasaran Malaysia - Harga RM69,988

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah dipertontonkan di Karnival GenBlu Yamaha pada September lepas, motosikal adventure Yamaha Tenere 700 2024 kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan beberapa peningkatan dan naik taraf baharu.

2

Seperti pasaran global, ia kini dilengkapi dengan paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu, di mana penunggang boleh memilih jenis paparan yang mereka inginkan,daripada mod jelajah hingga mod jalanan.

Melalui skrin itu juga penunggang kini dapat memanfaatkan ciri ketersambungan Y-Connect yang boleh disambungkan terus kepada telefon pintar.

 

3

 

Sistem ABS turut dinaik taraf bersama tiga tetapan baharu, serta lengkap dengan pemasangan aksesori quickshifter terus dari kilang.

Antara tambahan kemaskini lain termasuk tuil brek hadapan yang direka semula,di mana binaannya lebih kukuh.Selain itu, ia juga didatangkan dengan soket USB baru bagi menggantikan soket 12v yang lama.

 

4

 

Dari segi kuasa, ia menggunakan nadi dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc yang mampu menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan 68 Nm pada 6,500 rpm.

Bagi meningkatkan ciri sebagai tunggangan off-road, Tenere 700 dilengkapi dengan fork jenis USD 43 mm boleh laras di depan, monoshock belakang boleh laras, tangki minyak 16 liter serta rim bersaiz 21 inci di depan dan 18 inci di belakang.

 

5

 

Menariknya juga, Yamaha Tenere 700 merupakan model pemasangan tempatan (CKD), di mana harga kini ditawarkan dari RM69,988.

Hanya didatangkan dengan satu warna iaitu Icon Blue, setiap pembelian akan disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemaskini yang terbaharu mungkin tidak banyak perbezaan dengan model sebelumnya tetapi mungkin…
Berita Global
Ténéré 700 menggunakan enjin 689cm³ dua silinder sebaris 270° yang dipasang pada rangka ringan.…