Honda NX400 2024, nadi 399 cc, 46 PS, dari RM26 ribu di pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal kembara jalanan moden Honda NX400 2024 bakal mendarat di pasaran Jepun pada bulan April ini, atau lebih dikenali dengan Honda NX500 untuk pasaran global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut spesifikasi, ia dibekalkan dengan nadi 2 silinder bersesaran 399 cc sejukan cecair dengan janaan kuasa 46 PS @ 9,000 rpm dan daya kilas 38 Nm @ 7,500 rpm.
 

NX400


Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi enam nisbah kelajuan.

Rupa paras NX400 ini adalah menyamai apa yang ditawarkan pada NX500 yang terdapat di pasaran global.
 

NX


Sistem gantungan terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, diikuti dengan lengan ayun Pro-Link di belakang, sementara sistem brek pula menggunakan cakera berkembar untuk roda hadapan dan cakera tunggal untuk roda belakang.

Aspek tunggangan dibantu dengan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC), diikuti dengan skrin paparan TFT lima inci berwrana penuh dan sokongan aplikasi Honda RoadSync.

Honda NX400 2024 ini mempunyai kapasiti tangki bahan api sebesar 17 liter, berat sekitar 196 kg dan ketinggian pelana 800 mm.
 

NX400


Terdapat dua warna pilihan iaitu Pearl Glare White dan Matte Ballistic Black Metallic.

Harga jualan bermula dari 819,000 yen (RM26,055) di pasaran Jepun.

Untuk info, Honda NX400 ini merupakan nama baharu bagi menggantikan model 400X yang telah muncul sejak tahun 2013 lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…