Honda ADV350, NT1100 menang anugerah rekaan Red Dot 2022

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 merangkap detik bersejarah di mana Honda buat pertama kalinya berjaya meraih anugerah Red Dot Award: Product Design 2022 untuk semua rangkaian produk motosikal, automobil dan produk kuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kategori automobil berjaya disandang oleh Honda HR-V e:HEV, sementara kategori motosikal pula disandang oleh model sport-tourer NT1100 dan skuter adventure ADV350.

Untuk kategori produk kuasa pula dimenangi oleh unit genset EU32i.
 

Red Dot


Sebelum ini, Honda berjaya memenangi kategori Product Design menerusi model Jazz e:HEV, Jazz Crosstar e:HEV dan skuter maxi Forza 750, diikuti dengan anugerah Best of the Best yang jatuh pada model Honda e.

Model motosikal pertama Honda yang berjaya meraih anugerah Red Dot Design ialah Honda CBR1000RR-R Fireblade SP pada tahun 2020.

Anugerah Red Dot merupakan salah satu petanda kualiti yang paling dicari untuk aspek reka bentuk produk, dimana setiap tahun produk-produk terkini akan dinilai oleh panel 50 orang juri bertaraf antarabangsa yang akan menguji, menilai dan membincangkan setiap penyertaan.

Malah, kriteria penilaian juga akan dinilai semula dan disesuaikan setiap tahun untuk mencerminkan keperluan teknikal, sosial, ekonomi serta ekologi yang terkini.
 

NT1100


Menurut Ketua Pegawai Operasi Pusat Rekaan Honda R&D, Toshinobu Minami berkata, "kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah Red Dot Product Design Award dalam semua rangkaian produk Honda seperti motosikal, automobil dan produk kuasa buat pertama kali.

"Kami percaya, ia adalah hasil daripada impian Honda untuk merealisasikan hasrat Honda untuk 'melayani orang ramai dengan teknologi, idea dan reka bentuk menerusi produk kami' yang telah menjadi prinsip utama sejak penubuhan syarikat.

Baca: Honda HR-V e:HEV

Baca: Honda NT1100 2022

Baca: Honda ADV350 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengenalan model pertama plug-in hybrid (PHEV) dari Ferrari, SF90 Stradale menandakan bermulanya…
Berita Global
  Jika pengguna awam sukakan idea baharu ini, pihak profesional juga memperakuinya apabila …