Ferrari rangkul tiga anugerah Red Dot menerusi model SF90 Stradale, Roma, F8 Tributo

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari telah berjaya merangkul tiga anugerah berasingan iaitu 2020 Red Dot: Best of The Best menerusi model SF90 Stradale, serta dua lagi anugerah menerusi model Ferrari Roma dan Ferrari F8 Tributo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan model pertama plug-in hybrid (PHEV) dari Ferrari, SF90 Stradale menandakan bermulanya episod baharu di dalam sejarah Ferrari, didatangkan dengan enjin 4.0 liter turbo V8 (780 PS/800 Nm) dan tiga unit motor elektrik menghasilkan kuasa gandingan berjumlah 1,000 PS!
 
Kemenangan ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap segala usaha yang dilakukan oleh Ferrari Styling Centre di bawah seliaan Flavio Manzoni bagi mencipta rekaan yang unik, serta menekankan gabungan harmoni antara bentuk dan fungsi pada setiap kereta Ferrari.

 


Anugerah Red Dot yang diadakan setiap tahun semenjak tahun 1955 merupakan antara acara yang berprestij di dalam industri rekaan, bertujuan untuk meraikan kecemerlangan inovasi di dalam dunia rekaan terbaik.
 
Semenjak tahun 2015, Ferrari telah menerima tidak kurang daripada 17 buah anugerah Red Dot - sesuatu yang jarang dicapai oleh mana-mana pengeluar automotif.

Anugerah Red Dot: Best of the Best sebelum ini telah memilih enam buah model Ferrari seperti FXX-K, 488 GTB, J50, Portofino, Monza SP1 diikuti oleh SF90 Stradale pada thaun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
Kedua-dua model tersebut telah berjaya mencuri perhatian dari para juri dengan rekaan luaran yang…