Honda NT1100 2022 - jentera sports touring guna asas Africa Twin!

oleh Mohamad Hanif|
Honda secara rasmi melancarkan model jentera sports touring Honda NT1100 2022 dengan membawakan elemen prestasi, praktikaliti serta harga yang berbaloi untuk dimiliki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun membawakan elemen rekaan dari X-ADV, Honda NT1100 2022 sebenarnya menggunakan asas daripada Honda CRF1100L Africa Twin, di mana sistem suspensi off-road telah digantikan dengan suspensi yang khusus untuk kegunaan jalan raya terdiri daripada fork hadapan terbalik Showa 43 mm dengan jarak pergerakan 150 mm.
 

NT1100


Sementara penyerap hentak tunggal Showa tiub tunggal itu menawarkan jarak pergerakan sehingga 150 mm, dan didatangkan dengan tetapan pra-muatan.

Enjin 1,084 cc daripada Africa Twin itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 100.5 bhp @ 7,250 rpm dan daya kilas 104 Nm @ 6,250 rpm.

Sistem transmisi pula menggunakan kotak gear jenis klac berkembar (DCT) yang menawarkan penukaran gear yang konsisten, pantas dan lancar. Terdapat juga versi transmisi manual ditawarkan.
 

DCT


Rim asal Africa Twin bersaiz 21 inci/18 inci telah digantikan dengan rim bersaiz 17 inci, membolehkan ketinggian pelana direndahkan kepada 820 mm.

Menggunakan sistem Throttle-by-Wire (TBW), Honda NT1100 2022 turut menawarkan sehingga tiga mod tunggangan iaitu Urban, Rain dan Tour, serta dua mod yang boleh disesuaikan mengikut kegunaan penunggang.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor berkembar 310 mm di depan, sementara bahagian belakang pula menempatkan angkup omboh tunggal dan rotor bersaiz 256 mm, dibantu dengan ABS dua saluran.
 

CT


Segala informasi penting boleh dibaca menerusi skrin berkembar yang terdiri daripada meter LCD dan skrin utama TFT berwarna bersaiz 6.5 inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Sebagai sebuah jentera sports touring, Honda NT1100 2022 turut ditawarkan dengan pelbagai aksesori merangkumi top box 50 liter, beg tangki 4.5 liter, pelana selesa, tempat pemijak kaki, lampu kabus, panel kosmetik aluminium, serta ciri quickshifter dengan fungsi auto blip.