Mazda3 menang anugerah reka bentuk “Red Dot: Best of the Best”

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda3 hatchback dan sedan yang baru sahaja dilancarkan di peringkat global pada awal tahun kini boleh dilihat di bilik pameran Mazda tempatan.

Bukan sahaja anda boleh melihat secara fizikal malah harga anggaran untuk model yang diimport terus dari Jepun juga sudah diketahui umum.

Mazda3 baharu tampil dengan evolusi baharu reka bentuk luaran KODO: Soul of Motion yang bermakna gayaannya tidak lari jauh daripada model terdahulu.

Tidak lari jauh bukan bermakna sama, Mazda 3 baharu kelihatan segar dengan gayaan yang lebih mempersonakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mazda3

 

Jika pengguna awam sukakan idea baharu ini, pihak profesional juga memperakuinya apabila Mazda3 diiktiraf dengan anugerah Red Dot: Best of the Best.

Anugerah reka bentuk produk Red Dot ini diadili oleh juri antarabangsa yang pakar dalam bidang reka bentuk dan khusus untuk produk yang luar biasa sahaja.

Anugerah Red Dot yang diterima ini sebenarnya koleksi ketujuh untuk model dengan gayaan Kodo. Model yang menerima anugerah tersebut sebelum ini ialah Mazda MX-5 RF pada 2017, MX-5 soft top, CX-3 dan Mazda2 pada 2015, Mazda3 pada 2014 dan Mazda6 pada 2013.

 

Persons on the image (from left to right) are Prof. Dr. Peter Zec (managing director Red Dot Group) Yasutake Tsuchida (Chief Designer of the All-New Mazda3), Ikuo Maeda (Head of Design), Jo Stenuit (European Design Director), and Prof. Dr. Ken Nah

 

Satu aspek yang biasa pada kereta hari ini tetapi digugurkan pada Mazda3 ialah garisan karakter dan elemen berlebihan. Anda tidak akan menemui garis agresif pada Mazda3 kecuali permukaan yang lembut dan harmoni.

Cuma satu elemen yang ketara ialah pada tiang C model hatchback yang nampak tebal dan menonjol berbanding model lain di pasaran.

Menurut Yasutake Tsuchida Ketua Pereka Mazda3, ciri tersebut digugurkan bagi menzahirkan keaslian estetika Jepun dan mewujudkan bentuk satu arah (single-motion form) yang kelihatan ringkas tetapi pada masa sama ekspresif. Perincian pada produk ini adalah hasil tangan mereka yang mempunyai banyak pengalaman.

 

Mazda3

 

Selain fokus pada reka bentuk, Mazda turut memberi perhatian kepada karakter model baharu ini supaya dekat dengan pemandu dan penumpang.

Karakter Mazda3 terasa natural dengan bentangan kabin dan komponen direka bagi mencegah rasa tidak selesa dan kepenatan. Gangguan daripada luar kereta pula disingkirkan supaya tidak menggangu bahagian dalaman.

Reka bentuk bahagian dalaman tampil minimalis dan bersahaja, hanya suis dan komponen yang diperlukan sahaja.

 

Mazda3

 

Mazda3 juga adalah model pertama menggunakan enjin petrol Skyactiv-X dengan teknologi pencucuhan mampatan canggih yang meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api, daya kilas dan pengurangan emisi. 

Kepada yang berminat, Mazda3 akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 17 Julai depan. Berikut ialah varian dan harga Mazda3 CBU:

  • Skyactiv-G 1.5L Sedan/Hatchback - RM139,770
  • Skyactiv-G 2.0L High Sedan - RM150,059
  • Skyactiv-G 2.0L High Plus Sedan/Hatchback - RM160,059

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda3