Haval memperkenalkan Haval H9 - jangkaan pelancaran hujung tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
GO Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan jenama Haval di Malaysia kini membawakan sebuah SUV baharu yang dinamakan Haval H9.

Model tersebut kini boleh dilihat sepanjang Malaysia Autoshow 2018 bertempat di MAEPS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Urusan Kumpulan GO Auto Sdn Bhd, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata: "dengan pengenalan model H9 kali ini, kami merancang pelancaran rasmi pada hujung tahun ini."

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha kami menggalakkan pemilikan SUV di kalangan rakyat Malaysia dengan harga yang mampu milik," tambah beliau.

 


SUV ini dikuasakan dengan enjin empat silinder 2.0 liter turbo dengan sistem dual VVT menghasilkan 160 hp dan kuasa tork maksimum sebanyak 324 Nm. 

Ciri keselamatan Haval H9 juga lengkap dengan penawaran sistem keselamatan aktif dan pasif seperti enam buah beg udara, sistem Electronik Stability Program, bantuan mula mendaki dan menurun bukit, lampu hadapan dengan ciri adaptif, dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Didatangkan dengan dua varian iaitu Luxury dan Ultra, Haval H9 hadir dengan lima pilihan warna termasuklah Alaskan White, Ebony, Sleek Silver, Kakadu dan Bronze

Harga jualan jangkaan untuk model Haval H9 menurut Haval tidak akan melebihi paras RM200,000. 
 

 

Dengan pengenalan model Haval H9, pihak Haval Malaysia mensasarkan untuk memulakan penjualan SUV 4x4 dengan tujuh tempat duduk yang mewah serta mempunyai ruang kabin yang luas. 

Selain daripada Haval H9, pihak Haval Malaysia turut mempamerkan model Haval H8 bagi menunjukkan kemungkinan model yang bakal dibawa masuk bagi pasaran Malaysia. 

Menurut Dato' Azli lagi, pihak Haval Malaysia kini merancang untuk memasang kenderaan jenama Haval secara pemasangan tempatan (CKD) bermula suku kedua tahun 2019.
 

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,…