GWM catat peningkatan jualan sebanyak 21.28 %, capai lebih 1 juta jualan pada 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|
GWM baru-baru ini telah mengeluarkan laporan jualan tahunan mereka dimana syarikat dari China itu berjaya mencapai lebih 1 juta jualan selama 7 tahun berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,523 unit kereta secara global, dimana 173,180 unit dijual di luar China.

 

2

 

GWM Haval berjaya mengorak langkah ke pasaran kenderaan tenaga baharu dengan menjual 610,000 unit kenderaan, dibantu oleh penambahan model baharu pada 2022 iaitu H6 HEV/PHEV dan JOLION HEV.

H6 HEV/PHEV dan JOLION HEV turut dilancarkan di beberapa pasaran luar China iaitu Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Australia dan beberapa pasaran lain.

 

3

 

Untuk pasaran Thailand, GWM berjaya menjual lebih 13,000 kenderaan, dimana Haval H6 HEV menjadi model paling laris untuk SUV segmen C selama 15 bulan berturut-turut.

Model trak pikap GWM juga menyumbang sebanyak 180,000 unit jualan, dimana jualannya secara global telah mencapai lebih 2 juta unit.

 

4

 

Untuk pasaran Eropah, GWM berjaya menerusi dua model iaitu Wey dan Ora, dimana model Ora turut menerima anugerah “Best Urban Electric Car” di UK.

Model WEY Coffee 01 juga akan mula dihantar pada pelanggan di Eropah dalam masa terdekat, baru-baru ini juga Euro NCAP mengumumkan WEY Coffee 01 dan GWM Ora menerima anugerah terbaik dalam kelasnya untuk tahun 2022.

 

5

 

Untuk pasaran Asia Tenggara, GWM telah melebarkan sayapnya dengan pelancaran Ora Good Cat pada bulan November 2022 di Malaysia, dimana ia telah menerima sambutan yang menggalakkan.

Pengumuman GWM mengenai strategi 9-dalam-3 mereka untuk melancarkan 9 model dalam 3 tahun, melihat Malaysia sebagai salah satu kuasa penggerak utama pasaran kenderaan elektrik ASEAN.

 

6

 

Setakat ini, GWM memiliki 3 pengedar rasmi di Puchong, Pulau Pinang dan Johor yang turut menyediakan bantuan tepi jalan 24 jam melalui pelantikan syarikat insurans panel mereka, serta gudang alat ganti yang terletak di Shah Alam.

Untuk tahun 2023, GWM menyasarkan untuk melancarkan lebih 10 kenderaan dengan tenaga baharu yang memfokuskan visi "ONE GWM", untuk memberikan pengalaman mobiliti hijau berkualiti kepada pelanggan seluruh dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…