Jenama Kereta GWM Yang Paling Dinantikan Akan Datang ke Pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti pengeluar automotif lain dari Tanah Besar China, Great Wall Motor (GWM) juga mempunyai perancangan yang agak agresif untuk pasaran Malaysia.

Ini kerana untuk tempoh beberapa tahun akan datang, GWM bakal membawakan beberapa sub-jenama baharu untuk memenuhi lebih banyak segmen pelanggan di dalam pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai demografik pelanggan di Malaysia.

Lima jenama yang kami maksudkan itu ialah:
 

ORA

ORA


 
Jenama pertama yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia, menerusi model kereta elektrik ORA Good Cat.

Berdasarkan info daripada sumber sah, ORA dijangka akan memperkenalkan sebuah lagi model baharu, iaitu ORA Lightning Cat pada tahun hadapan.

 

GWM Cannon

cannon


Cannon merupakan barisan model trak pikap yang terlaris di pasaran di China sejak 2019, dan kini sedia untuk menguasai jalan raya Malaysia.

Untuk makluman, GWM telah pun membuka tempahan bagi model trak pikap Cannon sejak Ogos 2023, dengan kumpulan pertama terdiri daripada 66 unit.

 

HAVAL

haval


 
Juga antara jenama SUV yang sangat laku di China, di mana ia kini sarat dengan pelbagai ciri pintar.

Model Haval H6 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

 

TANK

tank


Selain SUV dan trak pikap, GWM juga turut mempunyai sebuah jenama SUV off-road TANK, menggandingkan elemen kemewahan, keselesaan dan keupayaan pemanduan off-road.

Jenama tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di negara jiran Thailand, dan berkemungkinan besar akan muncul di Malaysia kelak.

 

WEY

WEY


WEY merupakan jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) yang diposisikan dalam segmen kereta mewah di pasaran China.

Jenama ini menawarkan produk dalam bentuk SUV dan MPV mewah bersaiz besar yang mampu menjadi alternatif kepada produk seumpamanya di dalam pasaran.
 

GWM


Selain daripada kehadiran lima jenama baharu, GWM juga komited untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Sehingga ke saat ini, GWM sudah pun mempunyai kira-kira 15 buah jaringan pengedar di seluruh Malaysia, dengan sasaran untuk meningkatkan liputan kepada 30 buah pengedar bertaraf 4S menjelang separuh pertama 2024.

GWM turut mempunyai pusat alat ganti khusus yang dapat menampung keperluan pelanggan di seluruh negara.
 

gwm nnnnnnnnnnnnnnnnn


Para pelanggan GWM juga boleh menjangkakan kehadiran pelbagai model yang lebih mampu milik dalam masa terdekat.

Ini kerana dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) antara GWM dengan EP Manufacturing Berhad, GWM bakal menawarkan lebih banyak model pemasangan tempatan (CKD) termasuklah SUV, trak pikap serta kenderaan elektrik yang lebih canggih.

Menurut info daripada sumber yang boleh dipercayai, Haval H6 bakal menjadi model CKD yang pertama dijual pada tahun 2024, dengan jangkaan harga jualan sekitar RM150 ribu.

Dengan harga jualan yang agak berpatutan, Haval H6 mampu mengekalkan reputasi SUV paling laris terjual di China, dengan rekod jejak sebagai kenderaan yang tahan lasak dan boleh dipercayai.

Buat masa ini, garis masa produksi bagi model-model seperti trak pikap Cannon dan EV ORA masih lagi belum ditentukan.
 

gwm


Namun, bagi mereka yang tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman pemilikan EV, anda boleh mendapatkan ORA Good Cat dengan rebat sehingga RM20,000 untuk tempoh masa terhad, sempena dengan ulang tahun GWM yang pertama.

Secara tuntasnya, kita seharusnya berasa amat beruntung dengan kehadiran lebih banyak pilihan terhadap model-model kenderaan, khususnya yang datang daripada jenama yang sudah berpengalaman seperti GWM.

Untuk tahun 2024, golongan pengguna di Malaysia bukan sahaja bakal berdepan dengan perang harga yang kompetitif, mereka juga bakal dihidangkan dengan barisan produk yang mempunyai kualiti binaan, teknologi termaju serta penawaran yang lebih dekat dengan jiwa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…