Auto Shanghai 2023: Haval Fierce Dragon Max, nadi 1.5L PHEV, 274 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Auto Shanghai 2023, Haval secara rasmi melancarkan SUV baharu yang diberikan nama rasmi Fierce Dragon Max.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem plug-in hybrid (PHEV) yang terdiri daripada dua motor elektrik, transmisi dua nibah kelajuan (DHT), pek bateri 19.27 kWh dan siste pacuan semua roda pintar Hi4.
 

Haval


Secara keseluruhan ia mampu menjana 274 hp dan daya kilas 585 Nm!

Satu ciri yang unik pada SUV ini ialah nisbah pembahagian berat badan 50:50 yang bukan sahaja menawarkan keseimbangan yang lebih baik, ia juga menawarkan tahap penjimatan bahan api yang ekonomikal.
 

haval


Dengan bantuan pek bateri 19.27 kWh itu tadi, Fierce Dragon Max ini mampu bergerak sejauh 83 km tanpa menggunakan setitik bahan api.

Tahap penggunaan minyak pula hanyalah sekitar 1.78 liter untuk setiap 100 km.

SUV ini turut menyokong sistem pengecasan pantas DC di mana bateri boleh dicas 30 hingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.
 

haval


Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah tetapan tiga skrin pada papan pemuka (skrin digital 12.3 inci + skrin tengah 12.3 inci + skrin tambahan 12.3 inci), konsol tengah yang agak tinggi, serta ciri keselamatan termasuklah brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, kamera 360 darjah serta sistem pemantauan titik buta.

Harga jualan di pasaran China dianggarkan bermula sekitar RMB 175,000 (sekitar RM113 ribu).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…
Berita Global
Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
Berita menariknya, GWM Malaysia dikatkan akan membawa masuk model SUV Tank 500 tersebut, bersama-…