35 peratus dari responden global berkata, rangkaian awam masih belum cukup baik dan 34 peratus berkata kos pemilikan EV kekal terlalu tinggi.
Manakala 32 peratus berkata EV terlalu banyak memberi kesan kepada corak pemanduan mereka semasa perjalanan jauh.
Rangkaian pengecasan AS semakin berkembang, yang boleh menghapuskan halangan ini untuk pemilik.
Sehingga Mei, AS telah mempunyai 183,000 pengecas EV awam, tetapi jumlah tersebut masih dikira tidak mencukupi.
Undang-undang Infrastruktur Bipartisan pada 2021 memperuntukkan $5 bilion dalam bentuk geran untuk membina pengecas pantas, tetapi pelancaran mengambil masa disebabkan oleh pelbagai peraturan tempatan, negeri dan persekutuan serta keperluan pengguna.
Alasan lain yang diberikan pemilik tentang mengapa mereka mungkin bertukar ke ICE, adalah ketidakupayaan untuk mengecas di rumah (24 peratus), bimbang tentang pengecasan (21 peratus), dan keperluan mengecas mobiliti (16 peratus).
Hanya 13 peratus berkata mereka tidak menikmati pengalaman memandu dan hanya sesetengah orang hanya suka memandu kereta ICE, seperti 18 peratus responden AS dan 28 peratus di Jerman.
Walaubagaimanapun, bukan rakyat Amerika sahaja yang paling bersemangat untuk menukar semula kepada petrol, di Australia, 49 peratus pemilik EV sedang mempertimbangkan untuk kembali ke pam.
Manakala, negara yang mempunyai pengeluar EV terbanyak di dunia, China, hanya 28 peratus rakyat mereka mahu bertukar kepada kenderaan ICE.
Baca penuh di Motor1