Baru-baru ini, kenderaan tersebut telah diintip menjalani ujian buat kali pertama dalam balutan samaran yang dilihat oleh Derek Cornelissen dan kelihatan kereta itu berbentuk hatchback bersaiz besar.

Ditemui di Maranello, kenderaan itu kelihatan memakai badan diubah suai yang diperoleh daripada Maserati Levante.
Walau bagaimanapun, dapat dilihat dengan jelas lampu hadapan yang digunakan seolah dari Ferrari Roma dan turut terlihat reka bentuk sport rim baharu.
Selain itu, pada bahagian belakang, kelihatan ekzos quad yang tergantung di sudut bampar belakang adalah palsu.

Tambahan pula, pada beberapa bahagian kereta ujian itu terdapat beberapa pelekat voltan tinggi kuning seperti menunjukkan ujian EV dijalankan.
Ini bukan kali pertama pembuat kereta memutuskan untuk meletak ekzos palsu pada prototaip EV kerana Porsche telah melakukan itu untuk seketika dengan Boxster elektrik.
Hanya kerana Ferrari memutuskan untuk menggunakan badan Levante tidak semestinya Purosangue berkuasa V-12 mendapat varian elektrik.
Ferrari belum mendedahkan bentuk EV yang akan diambil dan walaubagaimanapun, ia akan dibina di kilang baharu (E-building) yang dirasmikan minggu ini di pangkalan sedia ada di Maranello.
Ferrari telah menjanjikan EV pertamanya akan memberikan bunyi "asli", dan dikhabarkan bakal dijual dengan harga lebih $500,000, walaupun Ketua Pegawai Eksekutif Benedetto Vigna enggan mengesahkan laporan itu.
Beliau juga menafikan spekulasi yang mendakwa kilang baharu itu akan menolak pengeluaran tahunan daripada kira-kira 14,000 kepada 20,000 kenderaan.
Walaupun Ferrari berada di awal era elektrik, ia masih merancang untuk menjual kereta V-12 selama mungkin.

Ketua Pemasaran Produk Emanuele Carando baru-baru ini berkata kuasa 12 silinder itu akan kekal dalam pengeluaran sehingga ia diharamkan.
Walau bagaimanapun, marque eksotik Itali mengunjurkan kereta ICE tulen akan menyumbang hanya 20 peratus daripada jualan tahunan menjelang 2030.
Kira-kira 40 peratus akan diwakili oleh hibrid plug-in, dengan baki 40 peratus oleh EV tulen.
Sementara itu, EV pertama dianggarkan menyumbang lima peratus daripada jumlah penghantaran pada 2026.
SUMBER : Motor1