Generasi baharu Kia Sportage bakal dilancarkan 8 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Kia nampaknya tidak sabar untuk memperlihatkan generasi baharu SUV Kia Sportage kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Serentak dengan itu, pengeluar kenderaan dari Korea itu mula menerbitkan beberapa gambar teaser yang memperlihatkan elemen rekaan yang bakal ditampilkan pada Kia Sportage serba baharu itu.

 


Berdasarkan gambar teaser itu, Kia Sportage dilihat membawakan sedikit persamaan rekaan dengan Hyundai Tuscon iaitu tema bersegi dengan garis bumbung yang merendah di bahagian belakang.

Rekaan lampu utama juga turut diperlihatkan sementara lampu belakang pula dilihat membawakan persamaan rekaan dengan model Kia EV6.

Namun tidak seperti rekaan kabin Hyundai Tuscon yang agak konvensional, rekaan papan pemuka Kia Sportage ini menampilkan panel paparan digital tunggal yang agak lebar dan melengkung berorientasikan pemandu.

 


Berdasarkan susun atur yang diperlihatkan, papan pemuka Kia Sportage ini dilihat membawakan persamaan rekaan dengan model Kia EV6 yang baharu sahaja dilancarkan, dengan perbezaan pada saluran pendingin hawa, rekaan stereng dan kemasan pada bahagian hadapan penumpang.

Butiran lanjut berhubung generasi baharu Kia Sportage bakal diketahui menjelang 8 Jun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut…
Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …