Sportage model Kia paling laku di dunia pada 2022! SUV dominasi tiga jualan teratas

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Sportage SX 2023 AS
Kia Sportage SX 2023 AS
Sudah terang lagi bersuluh, kenderaan utiliti sukan (SUV) berjaya melonjakkan prestasi jualan pengeluar kereta.

Tidak perlu pandang jauh lihat sahaja jumlah SUV PROTON atau Perodua di atas jalan raya sekarang ini. 

Bagaimana pula dengan jenama global? Kia Corporation baru sahaja mengumumkan jualan kenderaan pada tahun 2022 berjumlah 2,903,619 unit.

Ada apa dengan angkat tersebut? Jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Seltos 2022 AS

 

Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! 

Dominasi SUV diteruskan dengan Seltos ditempat kedua sebanyak 310,418 unit dan Sorento sebanyak 222,570 unit.

Daripada tiga model tersebut hanya Seltos pernah ditawarkan di pasaran tempatan manakala Sportage dan Sorento baharu khabarnya dibawa masuk tahun ini.

Jualan Kia di Korea berjumlah 541,068 unit dan di luar menyaksikan peningkatan sebanyak 5.4 peratus kepada 2,362,551 unit.

 

Kia Sorento X-Line 2022 AS

 

Pada Disember 2022, jualan global Kia meningkat sebanyak 13.7 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 236,874 unit.

Kejayaan Kia berjaya dicapai susulan strategi pengurusan rantaian pembekalan yang cekap dan pelancaran model seperti Nio baharu dan Seltos 2024.

Turut membantu model elektrik EV6 dengan jualan yang hampir mencecah 80,000 unit. 

Untuk 2023, Kia mensasarkan jualan global sebanyak 3.2 juta dengan 585,120 unit di Korea dan 2.61 juta unit di pasaran antarabangsa.

 

Kia EV6 2022

 

Kia merancang untuk mengekalkan momentum jualan pada 2023 dengan menghasilkan strategi kukuh bagi mengembangkan perniagaan di dalam pelbagai pasaran.

Kia juga berjaya membangunkan Purpose Built Vehicles atau PBV (Kia Niro Plus untuk teksi/e-panggil) dengan sistem pengeluaran anjal.

Satu lagi contoh ialah pelancaran produk dan penyelesaian yang memfokuskan kepada pelanggan.

Kia juga mahu mengukuhkan kedudukannya di dalam pasaran kenderaan elektrik global dengan penawaran model unik dan bakal melancarkan SUV elektrik EV9.

Logo Kia 2022

Prestasi jualan Kia pada 2021 dan 2022

2021

  • Keseluruhan: 2,776,359 unit
  • Korea: 535,016 unit
  • Luar Korea: 2,241,343

2022

  • Keseluruhan: 2,903,619 unit
  • Korea: 541,068 unit
  • Luar Korea: 2,362,551 unit

*Angka berdasarkan jualan borong (wholesale). Jualan bulanan belum diaudit dan berdasarkan asas awalan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…