Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut mengalami masalah skrin kluster LCD 4.2 inci yang tidak berfungsi, disebabkan oleh gangguan bekalan sewaktu kenderaan sedang dihidupkan.
Masalah ini mampu mengakibatkan informasi penting seperti sistem pemantauan tekanan tayar dan mesej-mesej notifikasi lain sukar untuk dibaca oleh pemandu, seperti yang diperuntukkan dalam peraturan Federal Motor Vehicle Safety Standard (FMVSS) Amerika.
Setakat ini, tiada sebarang laporan kemalangan atau kecederaan berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.

Isu ini dikesan buat pertama kali pada Februari 2023, dan sebulan selepas itu Kia telah mengesan 71 buah kenderaan yang terjejas, diikuti enam lagi pada pertengahan bulan April.
Para pemilik kenderaan yang terjejas akan dihubungi sendiri oleh Kia, di mana surat pemberitahuan akan dihantar bermula 26 Mei ini.
Juruteknik servis Kia akan mengemaskini perisian terbaharu untuk skrin kluster tersebut secara percuma, manakala pemilik yang sudah membayar kos pembaikan akan diberikan bayaran semula.
Sumber: NHTSA