Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa sumber, model ini bakal mempunyai lima varian termasuk beberapa kemaskini.
Model CX-60 juga dilaporkan antara yang akan dilancarkan di Malaysia pada 2024, ia selepas dilancarkan di peringkat global pada Mac tahun lalu dan ia telah mula dijual di beberapa pasaran di Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia dan Filipina.

Antara rumor lain adalah model Mazda CX-3 yang disebut selepas ia diumumkan di Jepun pada September lalu dengan terdapat kemas kini pengayaan yang dibuat kepada SUV tersebut.
Pada awal bulan ini, model yang dikemas kini telah pun diimport dari Thailand dan terdapat tiga varian yang tersedia.
Manakala untuk Kia, terdapat laporan mengenai Sportage generasi kelima yang baharu bakal membuat debut dan dilancarkan di Malaysia pada 2024.

SUV tersebut yang juga sebagai model pemasangan tempatan (CKD) bersama Carens, ialah SUV tiga baris yang pertama kali muncul di India dan kini boleh didapati di Indonesia.
Buat masa kini, tiada maklumat mengenai model Peugeot dalam laporan, ia berikutan kerana Stellantis telah mengambil alih Peugeot dari pengendalian Bermaz Auto Alliance.

Dalam satu kenyataan sebelum ini dari Stellantis, Bermaz akan terus bekerjasama dengan Stellantis untuk penjualan kenderaan melalui rangkaian mereka sendiri.
SUMBER : TheEdgeMalaysia