Generasi baharu Dodge Charger mungkin hadir dengan enjin enam silinder - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa minggu yang lepas, Careta ada melaporkan berita di mana tempahan bagi model sedan Charger serta muscle coupe Challenger telah pun ditutup pada penghujung bulan Julai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, pelanggan Dodge tidak lagi boleh mendapatkan Dodge Charger dan Challenger baharu selepas produksi kedua-dua model terseut ditamatkan pada 31 Disember 2023.

Malah, CEO-nya Tim Kusniskis turut menegaskan pada ketika itu ia merupakan satu panggilan akhir bagi peminat yang masih lagi mahukan model berenjin pembakaran dalaman (ICE) berkuasa tinggi.
 

charger


Namun dalam satu laporan terkini daripada Mopar Insiders mendakwa terdapat perubahan perancangan berhubung penawaran model daripada Dodge pada masa akan datang.

Sumber yang enggan dikenali itu memberitahu Dodge Charger Daytona hanya akan ditawarkan sebagai model muscle coupe berkuasa elektrik, sementara sedan Charger (mungkin generasi baharu) masih lagi akan ditawarkan dengan enjin pembakaran dalaman.
 

jeep wagoneer


Dalam versi tertinggi, sedan Dodge Charger baharu itu berkemungkinan besar akan dibekalkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa setinggi 510 hp, cukup berkuasa dan lebih cekap tenaga berbanding penawaran enjin V8 terdahulu.

Langkah mengekalkan penawaran model ICE ini dilihat akan memberikan peluang kepada peminat yang masih lagi belum bersedia untuk beralih kepada EV sepenuhnya kelak.
 

dodge

 

Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Sistem runut bunyi ekzos Fratzonic Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept ada sembilan tahap kuasa

Sumber: Mopar Insiders

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Model yang langsung tidak ditampal sebarang pelekat samaran itu menunjukkan persamaan rekaan yang…
Berita Global
Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang…