SEMA 2022: Dodge Charger Daytona SRT tampil dengan 9 tahap kuasa!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Umum mengetahui bahawa Dodge telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran kereta dengan enjin V-8 Hemi mereka yang popular.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Baru-baru ini, pada acara SEMA 2022 yang diadakan di Las Vegas, Dodge telah mendedahkan konsep rasmi Charger Daytona SRT yang telah dikemaskini. 

Kereta prestasi elektrik serba baru dari Dodge itu didatangkan dengan warna Stryker Red bersama bumbung berwarna hitam, dipadankan dengan roda karbon 18 inci yang dibaluti dengan tayar radial drag bersaiz 305 mm.
 

Charger


Untuk kemaskini terbaharu ini, Charger Daytona SRT ini didatangkan dengan 9 tahap kuasa! 

Untuk model standard 400 V, pelanggan boleh memilih hamburan kuasa antara 455 hp (340 kW), 495 hp (370 kW), 535 hp (400 kW), 590 hp (440 kW), 630 hp (470 Kw) dan 670 hp (500 kW). 

Tiga lagi tambahan keluaran kuasa akan tersedia untuk model SRT Banshee dengan 800 V, yang mampu menghasilkan keluaran kuasa sehingga lebih 800 hp. 

Dodge juga menawarkan dua pilihan peningkatan prestasi “Dodge Direct Connection” yang dapat meningkatkan kuasa spesifikasi asas. 
 

Charger


Yang menariknya, Dodge telah menghasilkan kunci “Kristal” yang dimasukkan ke papan pemuka untuk membuka “Dodge Direct Connection” bagi naik taraf prestasi untuk kategori 1 dan kategori 2.

Dalam acara yang sama di SEMA, Dodge telah melakukan tinjauan tentang maklum balas pengunjung yang hadir berkenaan pendapat mereka terhadap Ekzos Fratzonic Chambered. 

Maklum balas yang diterima akan digunakan untuk memperhalusi "sistem ekzos BEV pertama di dunia" untuk kenderaan yang digunakan di jalan raya.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…
Berita Global
Ini mungkin sekali projek modifikasi yang agak gila yang dipamerkan pada acara SEMA 2022 tahun ini…