Model yang langsung tidak ditampal sebarang pelekat samaran itu menunjukkan persamaan rekaan yang ketara dengan model konsep Dodge Charger Daytona SRT EV yang diperlihatkan sebelum ini.
Bahagian depan membawakan rekaan lampu yang lebih ringkas, diikuti dengan bar lampu LED yang melintang penuh.
Jika anda lihat dengan lebih teliti, terdapat logo Fratzonic pada bahagian jeriji, memberikan bayangan ia sebenarnya sebuah model EV dengan sistem bunyi "Fratzonic Chambered Exhaust".
Selain itu, terdapat sekeping gambar dari sudut belakang, di mana tidak kelihatan sebarang tip ekzos yang biasanya kita lihat pada kereta berenjin pembakaran dalaman.
Menariknya, dalam laporan terdahulu, selain daripada Dodge Charger Daytona berkuasa elektrik, Dodge akan turut sama menawarkan model berenjin pembakaran dalaman dengan nadi enam silinder sebaris turbo berkembar.
Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Sistem runut bunyi ekzos Fratzonic Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept ada sembilan tahap kuasa